Saturday, October 4, 2014

panggilan buat jiwa

bangkitlah wahai jiwa,
aku memanggilmu bangkit!
keluarlah dari selimutmu,
bangkitlah dan beri peringatan
bahawa sesungguhnya kita perlu siap.

siap apa?
siap untuk dipersiapkan.

keluarlah dan lihat 'dunia' yang baru. (versi pandangan akhirat, engkau dilahirkan. versi pandangan dunia, engkau dimatikan.)

tidakkah kematian dan kelahiran itu sama sahaja?
yang membezakan hanyalah sudut pandangan...

semoga engkau tidak 'diyatimpiatukan' di sana.
lahirmu disambut gembira, diredhai Allah & Rasul s.a.w....
Allahumma amin.

No comments:

Post a Comment