Saturday, October 4, 2014

dia

oh dunia sementara! namun mengapa jiwa sengsara?
kerana hati kasih padanya, sedangkan dunia tak sudi dikasihi. pergilah meninggalkan dunia sekaligus tinggakan sengsara!

Engkaulah Raja! Engkaulah Al-Malik!
hamba datang dengan cintaMu...
kerana cinta Engkau mencipta,
kerana cinta, hamba terpana.

oh dosa! aku berdosa!
tiada aku, tiadalah dosa.

wahai Allah, Engkaulah Dia.
Dia yang maha pengampun.
Dia yang maha melindung.
Dia yang maha mencinta!

dengan Dia;
Al-Ghaffar, dosa terampun;
As-Sattar,maruah terlindung;
Al-Wadud, hati menangis terharu.

ilaahi anta maqsuudii wa ridhaaka matluubii
aatini mahabbataka wa ma'rifataka... aamiin..

No comments:

Post a Comment