salam taaruf

bertemu berpisah kerana Allah, itulah yang terbaik!
..sekadar menurut nasihat mak agar menggunakan keupayaan menulis untuk kebaikan, maka, insyaAllah, blog ini akan beroperasi dengan tujuan mengajak hati-hati kita ke arah kebaikan, insyaAllah. kebaikan yang akhirnya membawa kebahagiaan kepada kita semuanya, insyaAllah..kebahagiaan yang abadi di sisi Allah taala..

(astaghfirullah, ya Allah.. maafkanku kerana dengan ketidakupayaanku, aku gagahkan jua hati untuk terus menyampaikan.. maafkanku ya Allah, kusedar kekurangan diriku..tiada kemuliaan bagiku melainkan Allah yang menutup segala keaibanku..alhamdulillah. ya Allah, dengan sebuah harapan iaitu agar Engkau hadirkan untukku insan-insan yang sentiasa mengajakku ke arah kebaikan, maka aku berusaha mengajak hamba-hambaMu yang lain ke arah kebaikan juga..sungguhpun aku bukanlah baik sangat..kerana itu, ampunkan dosa-dosaku, ya Allah.. ampunkan.. ampunkan.. ampunkan..)