Tuesday, April 12, 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Entahlah nape tertarik dengan [hantu kak limah balik rumah]. tak pernah tengok pun cerita ni. terbaca sinopsis ceritanya saja. mungkin teringat zaman sekolah rendah, selalu sangat suruh kawan ceritakan cerita hantu. entah segala macam jenis hantu diceritakn. rajin pulak dia layan permintaan saya. dan rajin pulak saya tadah telinga dengar cerita2 dia. hmm...masyaAllah...pastu takut. esoknya suruh cerita lagi. pastu takut. pastu cerita. pastu takut. cerita. takut. cerita. takut. macam ntah pape je. hmm, memang ntah pape pun!!

Allahuakbar!! budak kecik, budak kecik.. memang suka dengar cerita2 pelik. Apapun terima kasih kepada kawan yg rajin melayan permintaan saya. terima kasih kepada cikgu2 yg rajin pula melayan macam2 pertanyaan saya.

"ustazah, betul ke ada hantu? kawan saya kata ada.."

"ustazah, betul ke pontianak tu sebenarnya perempuan mati masa ngandung pastu tukar jadi hantu?"

"ustazah, betul ke hantu suka pokok pisang?"

"kita takleh main kat pokok pisang ea ustazah?"

dan macam2 lagi soalan ntah pape.

tu kat sekolah.

kat rumah pulak, emaklah jadi mangsa untuk saya tanya soalan mengarut2 ni. pandai mak!! sayang mak!!! mak tak pernah ajar saya takut hantu. saya yg takut sendiri. mak ajar, baca ayat kursi. saya ikut jelah sampailah saya terhafal ayat kursi tu.

BLACKOUT.
"mak, tolong!! mak kat mana???"
menagis. mengalahkan adik.
adik pun takut jugak.
sama je nangis.

kalau jumpa mak, peluk mak.
kalau jumpa adik, peluk adik.
tak kisahlah, asalkan tak nak hantu.

besar jugak pengaruh hantu ni, masyaAllah.

"hantu takde. jin adalah. kita takleh nampak jin."
mak kata.

di sekolah.
"ustazah, mak kata hantu takde. jin ada, tapi takleh nampak. nape takleh nampak? nak tahu jin tu macamana.."

"kamu nak tengok jin? ha, baca surah al-Jin sampai habis tengah2 malam."

"ustazah, nanti keluar macam jin aladin ke?"

"wah!! seronoknya!! saya nak minta macam2 kat jin tu"



astaghfirullah...
naif sungguh seorang budak.



malam.
semangat betul nak jumpa 'jin aladin'.
lalu, bacalah surah al-jin tu..
tergagap pun, nak jugak baca.
tapi,
disebabkan saya baru je tahu baca quran, sangatlah payah saya untuk menghabiskan baca surah tu. tertidur. sekadar tu je hasrat nak tengok jin.

kat sekolah, ustazah pernah kata, sebaik-baik jin, sejahat-jahat manusia. sejak dari tu, terus tak de hati nak jumpa jin. selamat tinggal jelah.

dulu nak jumpa sangat sampai sanggup stay up cuba nak baca surah jin tu, sebab dalam bayangan saya, jin tu, makhluk yg baik. macam jin aladin. jin aladin suka tolong orang..

Subhanallah..
Punyalah besar pengaruh media massa..

cukup dulu pasal kisah saya.

masuk kisah [hantu kak limah balik rumah] pula.

sebenarnya bukan nak ingat sangat kat hantu kak limah. tapi lebih ingat kat rumah sebenarnya.

nak kritik sikit.
sikit je.

~kalau media massa boleh hasilkan cerita yg takutkan org pada hantu, ALANGKAH BAIKNYA JIKA tayangkan cerita yg membuatkan ORANG TAKUT KEPADA ALLAH. yg membuat cerita tak berdosa, yg menonton cerita pula tak rugi. (berlakon dalam keadaan menjaga syariat). ini tidak mustahil!!

~mengapa kita mengada-adakan benda yg tiada lantas membuat tak tahu saja perihal sifat Allah, WUJUD. kalau nak ketengahkan perkara ghaib, tak perlulah buat hantu pelbagai macam.. Satu hal pula nak mencipta watak hantu. tak ke susah tu? mengapa tak ketengahkan perihal malaikat?

~selalu sangat tayangkan cerita hantu, janganlah sampai buat orang lupa kehadiran malaikat kiri kanan kita yg sentiasa mengawasi kita; mencatat segala kerja yg kita buat.

BERANI BERUBAH!!!

BERHIJRAHLAH KE ARAH MENTAUHIDKAN ALLAH!!!

Buang hantu.

Tiada lagi takut kepada hantu, YANG ADA HANYALAH TAKUT KEPADA ALLAH.

kan bagus begini..

apabila semua orang takut kepada Allah, amanlah masyarakat kita..hidup dalam negara yg indah harmoni insyaAllah ditambah lagi dengan berkat dan rahmat yg dilimpahkan oleh Allah.

ALANGKAH BAHAGIANYA BEGINI..

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!!!

~

4 comments:

  1. Kalau kita hanya takut kepada Allah taala,tak ada yang berani dengan kita.mahluk halus atau kasar semuanya maklum akan kekuasaan Allah taala.

    ReplyDelete
  2. klau gni mmg lar bgs....dnia akhirat,,b'jya

    ReplyDelete
  3. jom kita berusaha ke arah husnul khatimah!!! =) bersih aqidah dalam mentauhidkan Allah. aqidah bersih, semua bersih!!! =) memang susah sebab terbawa2 bayangan masa kecik, tapi sekarang dah mukallaf, dah faham, maka, perlu kita usaha walaupun payah.. Sebab matinya kita nanti, bukan mati sebagai budak kecik lagi dah. Budak kecik kalau mati, terus je masuk syurga. Kita?? akan dipertanggungjawabkan. ditanya ini itu dan sebagainya berkenaan kerja kita di dunia ini. yg penting, kita perlu lulus ujian aqidah. moga kita semua SELAMAT BERJAYA, insyaAllah.

    ReplyDelete