Saturday, October 4, 2014

kesatuan cinta

dalam hati ada cinta
dalam cinta ada rasa
dalam rasa ada rahsia
dalam rahsia ada Dia.

kerana cinta Dia mencipta.
kerana cinta hamba tercipta.

kalau tidak kerana Baginda,
takkan Dia mencipta segala.

kesatuan cinta menyatukan sekalian banyaknya jiwa...
berpaksi cinta Allah yang Esa,
berteduh di bawah lembayung Baginda;
Rahmatan lil 'alamin itulah temaNya.

ya Rasulallah, Tuanlah manifestasi cinta Dia yang terindah!
sungguh agung sempurna,
matahari segan membakar,
purnama malu menampil wajah,
bintang-bintang tersipu menampakkan seri....
...kerana dalam segala maujud, Tuan melebihi segala kesempurnaan, kecantikan, keindahan dan kebaikan....

Tabarakallah.

No comments:

Post a Comment