Saturday, October 4, 2014

bahasa cinta itu, masih perlukah kata-kata?
aku menahan perasaanku bukan kerana aku tak cinta,
tapi kerana terlalu dalam perasaanku terhadapmu.
sedalam mana? sedalam takutnya aku terjatuh...
lantas cepat aku berpaut pada Sang Arjuna. setia.
kalaupun aku terjatuh, Sang Arjuna itulah penyelamat aku yang berlumur dosa ini.
kalaupun aku tenggelam, Sang Arjuna itulah yang cepat menghulurkan tangan menarik aku.
kalaupun aku hanyut lemas, Sang Arjuna itulah yang menghembuskan nafas agar aku kembali bernafas dengan nafas Dia aku menumpang hidup....

itulah Arjuna, kekasih Allah.
itulah Arjuna, kecintaan Allah.
itulah Arjuna, Penghulu seluruh alam...
itulah Arjuna, sollAllahu 'alaihi wa sallam.

Ilaahii anta maqsuudii wa ridhaaka matluubii aatinii mahabbataka wa ma'rifataka... amin....

No comments:

Post a Comment