Friday, January 13, 2012

Bagaimana mungkin terlepas dari memikirkannya sedangkan itulah bicara kita setiap hari..(kalau perasan).

~al-Fatihah~

Hayati maksud tersirat.

Allah yang menguasai hari pembalasan.
Bagaimana akhlak dengan Allah??
Ada tak rasa ihsan dalam diri??
merasa diri diperhati Allah??

Allahuakbar!
kadang-kadang ada.
kadang-kadang takde.

Astaghfirullah..
Lemahnya..
La haula wala quwwata illa billah.

kubur aku..
mizan aku..
buku amalan aku..
qiamat nanti macamana??
persiapan aku..
perancangan aku..
diri aku..
~soalan harian~
dan,
terbit rasa pentingkan diri sendiri..
yang menyebabkan>>>"Ah, aku tak kisah orang nak kata apa!! Yang penting, Allah!! Peduli apa aku!! Aku punya pasallah!! Nanti aku yang kena jawab di hadapan Allah, bukan kau, tapi AKU. AKU YANG KENA JAWAB!!!"<<<

Boleh je kalau aku nak balas kata-kata yang jahat dengan kata-kata yang jahat juga. Aku pun ada suara. Tapi, malaslah nak buang masa. Membazir suara aku je.

Boleh je kalau aku nak pergi yoya yoya ke mana-mana yang aku suka. Aku pun ada kaki ada tangan.. Tapi, terima kasih jelah. Membazir tenaga aku je.

Boleh je kalau aku nak usya ini itu dan sebagainya. Aku pun ada mata. Tapi, TIDAK!!! Reserved. Simpan mata ni untuk lihat perkara yang jauh lebih indah di akhirat, insyaAllah.

kata-kata jahat..
yoya yoya..
usya sesuka hati..
boleh memang boleh, tapi, nanti jawablah kat akhirat nanti di hadapan Allah!! Ada boleh jawab?! ~cukuplah, aku tak mampu nak jawab.

seluruhnya adalah pinjaman, termasuklah anggota badan kita.
dah nama pun pinjam, so, kenalah ikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh yang memberi pinjam (Allah)... Siapalah aku nak memandai je...

dan diri tak terlepas dari berbuat dosa.
itu biasa. tak pelik.
yang peliknya, ialah apabila kita tak bertaubat....

[yakinlah, setiap 'keseronokan' yang kita tinggalkan kerana Allah, pasti Allah akan hadiahkan keseronokan yang jauh lebih damai...lebih indah...lebih tenang....dalam jiwa sanubari, alhamdulillah.]

~terima kasih Allah~

:)

No comments:

Post a Comment