Friday, January 13, 2012

BENIH KEBAIKAN

Semakin terasa keterbatasan waktu... Sungguh cepat perjalanan masa, masyaAllah! Alangkah ruginya andai tiada apa-apa benih kebaikan yang sempat disemai sebelum pergi....

Dunia sebagai ladang akhirat.

Aku,
mencari benih-benih kebaikan untuk ditanam..
moga perginya aku nanti, insyaAllah, biarlah benih-benih itu tumbuh subur mekar mewarnai seluruh alam sungguhpun namaku sudah terkubur.... :)

Biarpun namaku sudah tiada, namun biarlah kebaikan tu tetap ada, insyaAllah. Itulah pencen kubur aku kelak, insyaAllah. Saat tiada siapapun yang dapat membantu aku...kepada siapa lagi aku boleh mengharap, kalau bukan Allah.

Apa lagi yang boleh aku harapkan selain rahmat Allah? Amal ibadat aku?? Allahuakbar!! Malunya, masyaAllah. Tidak. Bukan mengharap pada amal... Hanya mengharapkan Allah...

Sungguh, rahmat Allah itu sangat dekat dengan orang yang berbuat baik. Aku perlukan rahmat Allah. Maka, aku perlu usaha ke arah itu.... walaupun payah. KEPERLUAN. Tetap perlu diusahakan.

Allah suka yang baik-baik! Maka, insyaAllah, akan diusahakan yang baik-baik sahaja untuk dipersembahkan kepada Allah. Mudah-mudahan Allah terima. Ameen. :)

*kalau ada sesiapa nak tolong, ahlan!! :) syukur, alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment