Saturday, January 14, 2012

MENGGENGGAM NIAT!

Kugenggam erat tanganmu, insyaAllah. :) Tangan yang sering memberiku sentuhan jiwa dan belaian manja juga membetulkan kebengkokan yang ada...

Tangan yang selalu tertadah mendoakan kesejahteraan buatku di dunia dan akhirat...

Tangan yang banyak berjasa...

Hai, semoga bahagia di dunia dan akhirat buat semua yang sudi campur tangan membantu aku dalam urusan kehidupan duniaku dan akhiratku....

Tangan dihulur, kasih diterima. Terima kasih kerana membimbing aku; memperkenalkan aku kepada pencipta diriku juga menyedarkan aku hakikat tujuan diri dicipta.

Langkah demi langkah, hidup kini lebih terarah. Alhamdulillah. Ke arah yang SATU: ALLAH.

Redha Allah yang paling utama!!

MENGGENGGAM NIAT, UNTUK ALLAH SAHAJA!!

La haula wala quwwata illa billah.

No comments:

Post a Comment