Sunday, September 4, 2011

PENGIDAM SYAHID

Hai, pengidam syahid!
Sebelum hati membawa langkah ke medan jihad menentang musuh nun jauh di sana, tawan dahulu musuh di dalam diri (nafsu).

Jika ada cita-cita mati untuk Islam, maka, perlu dipastikan jua, hidup pun untuk Islam. Islam itu merangkumi seluruhnya; tidak terhad kepada kehidupan di dunia sahaja, malah kehidupan akhirat jua..

Adapun sekecil-kecil peluang syahid, hargailah!! Bersyukur dengan setiap peluang yang ada..

Pada kesempatan hidup yang sekali ini, manfaatkan bersungguh-sungguh demi kebahagiaan akhirat yang kekal selamanya.

Saban hari, perbaharui iman di jiwa, usah leka.
Setiap detik yang tak terasa kehadirannya, dari hari ke minggu, ke bulan, ke tahun, dan seterusnya, makin lama, makin menghambat diri pergi meninggalkan dunia. Oleh itu, bersiap sedialah menghadapi detik ketibaan waktunya. Bersabarlah meniti setiap perjalanannya dan bertawakkallah demi mengubati keresahan padanya. Pasti, setiap jiwa merasainya. Redha dan ikhlaskanlah hati dengan taqdir Ilahi.. Tadbir sebaik mungkin perjalanan menujunya, ikut saja aturan Ilahi, pasrah, biar Allah yang mentaqdir. Cukuplah bergantung pada Allah saja. Dia sebaik-baik pelindung dan Dia-lah yang Maha Penyayang antara seluruh yang menunjukkan kasih sayang!!

Hai jiwa yang resah,
Allah sangat-sangat-sangat-saaaangat baik!! PERCAYALAH!! Jangan putus asa!!

Adapun hai jiwa yang nakal,
usah menguji kesabaran Allah. Sungguh, azab Allah itu sangat-sangat-sangat-saaaangat pedih!! Berhati-hatilah dalam kenakalanmu. Usah berlaku curang..

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan gembira & menggembirakan. Masuklah ke syurga bersama hamba-hambaNya yang diredhai.. insyaAllah...(dengan izin Allah).

*mana kan dapat jiwa yang tenang kalau bukan Allah jualah yang memasukkan ketenangan ke dalam hati??

Ya Allah, tenangkanlah hati ini, tenangkanlah ya Allah... Allahumma amin..

No comments:

Post a Comment