Sunday, September 4, 2011

TANGISAN BERHARGA

Air mata pengubat lara. Semoga tangisan tidak sia-sia. Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air mata kecewa kehampaan. Dari mata yang redup merenung hari akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata insaf mengharap rahmat & keampunan.

Air mata dan darah, biar hanya kerana Allah.

Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada ahli ibadah yang berangan-angan tentang syurga mana kelak dia akan bertakhta. Kejahatan yang diiringi rasa sedih lebih Allah sukai daripada kebaikan yang diiringi rasa takbur.

Hati yang kering akibat dosa, suburkan ia dengan air mata taubat.

Adapun setiap amal kebaikan yang terlaksana, jangan diungkit, jangan dijaja. Cukuplah Allah sebagai pemberi balasan. Simpan saja dalam daerah kedamaian (ikhlas); jangan biar ia menjadi seperti debu berterbangan..

Segala puji bagi Allah. Tidak layak bagi seorang hamba menyimpan rasa kagum terhadap apa jua pun (termasuk diri sendiri) selain Allah..

No comments:

Post a Comment