Sunday, September 4, 2011

HATI TAK MAMPU..

La haula wala quwwata illa billah....

Hati tak mampu resah. Biarkan saja ia kekal tenang dalam belaian kasih Ilahi. Usah dipujuk dengan kasih selain kasihNya.

Hati tak mampu susah. Biarkan saja ia kekal tenang dalam keyakinan berserah diri kepada Ilahi, mengharap simpati dari Yang Maha Esa, moga-moga terampun segala dosa-dosa, insyaAllah. Usah disogok dengan kemewahan selain kemewahan yang ada di sisiNya.

Hati tak mampu gelisah. Biarkan saja ia kekal tenang dalam bersangka yang baik-baik sahaja terhadap Allah. Usah bermain kata menabur dusta & fitnah terhadap Allah. Pada hati yang tak mampu gelisah, moga Allah sentiasa melimpahkan cahaya hidayah & taufiq padanya, agar terpelihara husnuzon pada Allah sentiasa; bersih keyakinan & sangkaan, insyaAllah. Segala-galanya dengan rahmat Allah.

La haula wala quwwata illa billah.

No comments:

Post a Comment