Sunday, September 4, 2011

MUHASABAH SOLAT LIMA.

Selagi tak selesai bab solat wajib 5 waktu, hmm... Tolonglah selesaikan segera, please... (merayu sangat).

Muslim, perlu kita tahu dan faham:-
Perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita selaku individu muslim ialah solat wajib 5 waktu sehari semalam.

Sebagaimana ikan tak boleh hidup tanpa air, ibarat begitulah, muslim tak boleh hidup tanpa solat. Muslim dan solat tak boleh dipisahkan. Terpisahnya solat dari diri seseorang, bererti, terpisahlah dia dari jagaan Allah..bahaya!! Ibarat layang-layang warawiri kerana terputus tali, begitulah ibaratnya keadaan kehidupan orang yang memutuskan hubungannya dengan Allah (kerana tidak menunaikan solat).

PENGUMUMAN!
Langkah pertama untuk bahagia di dunia sampai akhirat: pelihara solat wajib 5 waktu sehari semalam. Harap maklum. sekian.

[sebarang pertanyaan untuk maklumat lanjut berkenaan jalan menuju kebahagiaan di dunia & akhirat, boleh rujuk al-Quran & as-Sunnah. Pastikan anda (saya juga) berusaha memahami al-Quran & as-Sunnah melalui para guru & alim ulama.. jangan buat fahaman sendiri...] Wallahua'lam.

Terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment