Tuesday, April 5, 2011

IZZATUL ISLAM

Izzatul Islam adalah hasrat kita, denyut nadi kehidupan kita, nyawa kita. Hidup dengan Izzatul Islam pasti mencapai kemuliaan.

Hidup mulia dengan redha Allah,
Mati mulia dengan redha Allah,
Segala-galanya mulia jika ada keredhaan Allah padanya.

Memperjuangkan Izzatul Islam dalam diri.
Ia bukan kerja mudah!!
Bukan sekadar angan-angan indah!!
Ia sangat menuntut mujahadah!!
Mujahadah yg bukan sebarang mujahadah, tetapi mujahadah yg menuntut keazaman yg teguh, tak putus asa, hati cekal tabah, jiwa sanggup berkorban!! ikhlas dan istiqamah!!


Mujahadah.
Jiwa perlu garang terhadap keinginan nafsu yg selalu ingin curang.
Nafsu, dahulu janji Allah adalah Tuhan; Allah adalah Ilah..sedia ditaati, juga dicintai.
Namun, kini? Apa dah jadi?
Tertarik pada dunia pula!!
Curang dalam mencintai Allah & rasulNya??
Tidak!!!
Jiwa ini jiwa yg garang!!
Jangan!!


Mujahadah!
Runtuhkan keegoan penghalang taufiq hidayah.
nafsu, tinggi sungguh ego!!
Hebat sangatkah??
Tidak!!
Allahu taala akbar!!
Masihkah degil dengan egomu?
Tidak!! Jiwa ini jiwa hamba!!
Adab dengan Allah: tidak degil dengan ego.


Mujahadah!
Buang perasaan lemah dalam berhadapan dengan musuh Allah.
Nafsu, sungguh lemah kerana mementingkan diri sendiri.
Di manakah roh jihad?
Di manakah semangat tadhiyah?
Cepat mengalah dalam memperjuangkan Izzatul Islam dalam diri?
Tidak!! Jiwa ini jiwa yang degil!!
Lawan tetap lawan!!


Mujahadah!
Bersihkan diri dari dosa maksiat.
Nafsu, mengapa memilih yg kotor sedangkan ada yg bersih?
Mudah?
Silap! Ia tidak mudah!
Jiwa ini, jiwa gagah!! Jangan dipermudah!!


Mujahadah!
Selagi hati dalam jagaan Allah, selagi itulah nafsu jangan ambil mudah!!


Hati, selamatlah dalam jagaan Allah.
Jangan pula cari masalah, melakukan sesuatu yg mengundang kemurkaan Allah.
Jangan main-main dengan hukum aturan Allah.
Telah diberitakan, syaitan itu musuh. Maka, musuhilah syaitan! Jangan pula ikut jejak langkah syaitan sedangkan Allah telah sediakan contoh tauladan yg sangat baik. Ikutlah jejak langkah para nabi & rasul..
Ikutlah sunnah rasulullah, Muhammad SAW..insan teladan sepanjang zaman!! Ini mujahadah!! Mujahadah untuk perjuangkan Izzatul Islam dalam diri!!

No comments:

Post a Comment