Thursday, March 31, 2011

WARKAH UNTUK ADIK

Sekadar tanda ingatanku sahaja, buat adik-adikku, fahimatul hakimah dan ahmad fikrilhakim mohammed zabidi. =)

Assalamualaikum w.b.t.
Senyum dan salam sebaik sapaan.

Apa kabar iman? Bagaimana amal? ada peningkatan?
*sama2 muhasabah. usia bukan apa-apa, yang penting bagaimana ia diperguna. adakah untuk kebaikan, atau sekadar mengikut arus dunia melalaikan. saya bukan siapa-siapa, kita hidup sebagai adik beradik, sebagaimana yang Allah taqdirkan. saya kakak kerana saya lahir dulu, kalian lahir kemudian, itu saja. hakikatnya, kita sama2 hamba Allah. kita dipertemukan dan akhirnya kematian akan memisahkan. moga2 ada lagi pertemuan untuk kita semua sekeluarga di akhirat dalam naungan rahmat Allah, insyaAllah.

Apa berita? Bagaimana kehidupan? dah makin besar sekarang..dah mula belajar berdikari..mula mencari identiti diri..mula dah berkenal-kenal sana sini..
Moga baik2 saja, insyaAllah. bersama peningkatan usia, makin bertambah tanggungjawab, makin byk pengalaman, makin bertambah ilmu iman dan amal, sepatutnya.

Seluruh kehidupan ini, biarlah diperguna untuk meraih redha Allah. itu yg diajar oleh ayahanda bonda juga guru2 kita.. Maka, ikutlah nasihat baik.

Ilmu yang diperoleh, biarlah akhirnya membuahkan rasa kecintaan kepada Allah, insyaAllah. makin bertambah ilmu, makin dekat hati dengan Allah.. makin tawajuh hati dalam pencarian mardhatillah.. makin tawadhu' dalam menghambakan diri kepada Allah. Makin bertambah rasa syukur. makin bertambah ma'rifatullah, insyaAllah.. bukanlah jadi sombong berlagak.

adik2ku, kalian juga adalah kawan2ku.
ke mana saja pergi, pandai2lah jaga diri. perlu ada jati diri. perlu ada prinsip dan matlamat hidup. moga2 tak hanyut dalam arus dunia fana ini. kita muslim. pelihara identiti sebagai muslim. jangan disebabkan kita yang ntah pape, Islam pula yang dihina. sama2 kita baiki diri, moga2 Allah memilih kita sebagai kunci kebaikan, insyaAllah.

solat wajib lima waktu sehari semalam jangan diperemeh. ini wasiat nabi, saat kewafatan baginda. jaga wasiat nabi ni baik2. sama2 kita saling beringat antara satu sama lain. moga2 dalam kesungguhan kita menurut wasiat nabi, ada keberkatan dan rahmat Allah untuk kita semua dalam kehidupan kita di dunia ini mahupun di akhirat, insyaAllah. *adik muhammad, kamu mesti dah boleh jadi imam kakak2 kamu kat rumah!! takkan kak b nak jadi imam kamu lagi kot!! dulu bolehlah sebab kamu kecik lagi, baru nak belajar solat.. sekarang dah tingkatan satu, sepatutnya dah reti dah jadi imam kami. jangan nak mengada-ngada bagi alasan ni tu dan sebagainya!! dulu belajar jadi makmum, sekarang belajar jadi imam pula, insyaAllah. nak jadi mujahidin kan? mesti tahu jadi imam. ini basic. seterusnya, pandai2lah kamu. akak bukan tahu sangat. tanya bancik n kak pujah. mereka lebih tahu..

lagi, kutitipkan pesanan untuk adik2ku..
jagalah Allah, Allah pasti akan menjagamu.
apa Allah suruh, buat sungguh2.
apa Allah larang, tinggalkan sungguh2.
*sama2 kita berlumba ke arah kebaikan, insyaAllah.

Al-Quran, jangan ditinggal walaupun cuma sehari. tolong sangat2. walau betapa malas macam mana pun, at least, dengarlah bacaan Quran.. Moga2 Allah pasakkan al-Quran dalam hati kita semua, insyaAllah.
*adik, kamu nak nyanyi lagu maher zain kesayangan kamu tu, nyanyilah. nak nyanyi lagu sami yusuf pun, ikut suka kamulah. tapi, time baca al-Quran, baca elok2; sedap2; sungguh2!! jangan macam semut je suara. geram kak b. tu yang takleh sabar kadang2. nasib kamu dapat kakak panas baran. maaf.
*imah, ada hati nak hafaz quran tu, teruskan je. jangan dipeduli apa orang nak kata. jangan dilayan kata-kata sinis pelemah semangat. akak tetap sokong kamu!!! al-Quran bukan untuk orang tertentu je. al-Quran untuk semua. sesiapa yg nak ikut petunjuk al-Quran, alhamdulillah, silakan. ye, memang kita byk dosa.. betul, siapalah kita yang hina ni nak hafaz al-Quran yang mulia. akak faham. tapi cuba bagitahu, siapa kat dunia ni yang dirinya suci bersih tak pernah buat dosa selain para nabi dan rasul? ada? takde!! kita semua berdosa.. maka sangat logik mengapa Allah sediakan ruang taubat untuk hamba2Nya.. Betul tak? Mari kita menuju redha Allah melalui jalan taubat yg disediakanNya, insyaAllah. jangan putus asa!! jangan lemah semangat!! Allah jamin keuntungan bagi sesiapa yang membersihkan dirinya. dan rugi bagi mereka yg makin hari, makin mengotori jiwanya; makin bergelumang dengan dosa maksiat.sama2 kita usaha cari keuntungan yang Allah janjikan, insyaAllah.kita usaha jaga al-Quran.

imah, muhammad, (termasuk akak sekali).
tak rasa rugi ke? bilangan ahli keluarga kita ramai, tapi, tak sorang pun hafizul quran.. ='(
akak tak meletakkan paksaan kepada sesiapa.. akak dah pun mencuba, dah pun merasa bagaimana rupanya menyimpan al-Quran dalam ingatan.. (nak kata susah, ustaz akak tak benarkan akak kata begitu. jadi, bagaimana harus kukata?? Allahuakbar! hmm.. beginilah, yg susah tu, bukan al-Quran, tapi yg susah tu, adalah akak sendiri.. kelemahan akak sendiri.Perlu ada keinginan yg bersungguh; usaha yang berterusan; niat yg murni ikhlas kerana Allah. akak belum lulus untuk memenuhi tiga keperluan ni. masih dalam usaha. doakan akak.)
dan mari kita usaha bersama. mungkin untuk hafaz 30 juz, agak berat.. Jadi, kita boleh bahagi 3, sorang hafazkan 10 juz, insyaAllah. jika ada di antara kita yang berjaya teruskan menghafaz semua 30 juz, alhamdulillah.)

untuk yg terakhirnya, tak kiralah walau apa keadaan, kita perlu berusaha yg terbaik untuk capai redha Allah. usaha bersungguh menuju ke arah husnul khatimah. hidup kat dunia ni ujian. keseronokan yg ada kat dunia ni, tipu-tipu je, bukan betul-betul pun.. Jadi, kalau dapat sesuatu dari habuan dunia, jangan gembira over sangat.. Bersyukurlah.. Kalau kehilangan sesuatu yang pernah kita peroleh dari dunia ni pula, janganlah sedih sangat.. Bersabarlah.. Bagi tiap2 yg menimpa Muslim, semuanya adalah baik selagi kita bersangka baik pada Allah..

maaf zahir batin.

sekian saja, setakat ini.
Selamatlah adik-adikku dalam lindungan Allah insyaAllah..

No comments:

Post a Comment