Tuesday, April 5, 2011

APA ERTI KIAMAT BAGIMU?

Apabila bumi memuntahkan segala isinya dan menjadi saksi segala perbuatan manusia.
Apa ikhtiar lagi? ~tiada ikhtiar lagi.
Ke mana nak lari? ~tak dapat lari.
Di manakah tempat perlindungan? ~tiada tempat pelindungan.
Kemusnahan berlaku.

Tatkala manusia kebingungan tak tentu hala.
Dan keadaan sangat kucar-kacir; huru- hara.
Di manakah ketenangan?
Tiada ketenangan sehinggakan ibu mengandung keguguran kandungannya; yang menyusukan pula terlepas anak dari genggamannya.

Apakah erti Hari kiamat bagi kita?
Adakah seperti khayalan atau kisah dongengan sahaja?
Mengapa kita asyik bergelak ketawa bersuka ria seolah dunia ni tiada kesudahannya?
Mengapa kita sering bertangguh dengan taubat kita seolah Kiamat itu tiada apa-apa erti bagi kita?
Mengapa kita sering sahaja dekati maksiat seolah Hari Kebangkitan itu tiada apa-apa bagi kita?

Aku melihat Kiamat itu seperti hari yg sangat dahsyat; tak dapat digambarkan.
Maka, apa erti kiamat bagimu?

No comments:

Post a Comment