Monday, April 11, 2011

FAHAMI MAKSUD TERSIRAT

Lihatlah yg tersirat dalam apa yg tersurat.

Terkadang kita terlalu melihat tangan orang yg memberi sehingga terlupa hakikatnya rezeki tu Allah yg kurniakan untuk kita. Manusia hanyalah wasilah saja. Berterima kasihlah pada tangan yg memberi dan bersyukurlah kepada Allah yg memberi tangan kepada manusia yg memberi.

Biasiswa yg diterima, zahirnya seperti kerajaan yg sponsor. Padahal hakikatnya Allah yg sponsor kehidupan kita seluruhnya. Takutlah kepada Allah. Allah Pemilik segala kerajaan. Allah ialah raja segala raja. Apa sangat nak ditakutkan dengan ugutan ditarik semula biasiswa dek kerana memperjuangkan agama Raja segala raja?? Di sisi Allah terlebih luas lagi khazanah segala khazanah. Allah kaya!!! Apa nak kisah ditakutkan dengan miskin? BERJUANG JELAH SELAGI MAMPU BERJUANG. Nanti dah mati, apa lagi dah? tiada apa dah. BERJUANGLAH MENDAPATKAN MARDHATILLAH!!!

Adakala, kita melihat seolah yg menentukan untung nasib kehidupan kita masa akan datang ialah pointer akademik kita. Maka pulon habis, punyalah nak kejar pointer tinggi. Baguslah tu... Allah suka orang yg ihsan dalam pekerjaannya. Tapi jangan lupa, pulon jugak untuk dapatkan 'pointer' tertinggi di akhirat. Kita bukan sekadar nak lulus selamat dari siksaan Allah je. Kita kalau boleh, antara tingkatan2 syurga, kita nak tingkatan yg paling tinggi. tak nak ke? semua nak.

Biasanya, kita sedar betapa pentingnya carrier mark subjek akademik kita. Ia adalah bekalan markah yg akan dikumpul sekali dengan markah final nanti. Dan markah ni yg menentukan pointer kita. Tak syok rasa, kalau masuk exam final hanya dengan carrier mark yg rendah. kan? hmm.. Tapi jarang antara kita yg melihat betapa pentingnya kumpul bekalan masa muda ni. kan? "ala, muda lagi..relaks ah dulu..enjoy dulu..dah tua baru taubat ek?" hm...terpulanglah masing2.. Dah tua nanti, tak larat sangat dah. nak buat bekalan byk2 pun, kudrat dah tiada; tenaga dah lemah; badan dah tak sihat..... Fikir-fikirkan! Itupun alhamdulillah lagi, sebab sempat tua. kalau tak sempat sampai usia tua? bila lagi nak kumpul bekalan untuk sana? kan?
Dan ingatlah, taqwa adalah sebaik-baik bekalan.

Kita dengan mudahnya rasa bosan kalau takde kawan. kan? Tapi ingatkah kita, suasana di alam kubur tu lebih sunyi; lebih keseorangan. kan? nape tak kita cari teman yg boleh temankan kesunyian kita di alam sana nanti? adakah kita sekadar mementingkan kehidupan dunia saja?

Dan kita sangat mudah terasa pedihnya apabila disakiti kawan. kan? Terasa malang sungguh kalau dapat kawan jahat. Padahal, lupakah kita di alam kubur nanti, amalan kita akan dijelmakan dalam bentuk manusia untuk bersama kita di sana. Kalau baik amalan kita, eloklah rupa. Kalau tak, tidaklah.. Fikir-fikirkan.

Dan seringkali kita gagal mengerti hakikat kehidupan ini.
This life is nothing but a test of faith.

"semoga berjaya dalam kehidupan!! insyaAllah."

No comments:

Post a Comment