Monday, April 11, 2011

BUKAN ITU NILAIANNYA

peribadi seseorang bukan ditentukan oleh tarikh lahirnya.
akhlaq cerminan hati.
hati tu beriman tak?
cara seseorang bawa diri, berubah mengikut kadar iman yg ada dalam dirinya.
tarikh lahir boleh ubah?
tak boleh.
so, sangat tak adil menilai peribadi seseorang berdasarkan tarikh lahirnya.

lagi, kalau kita perhatikan dalam FB, banyak sangat benda2 macam ni.
entahlah nape kita mudah sangat terikut-ikut dengan benda2 ni semua.
peribadi seseorang mengikut jenis darahlah..
darah A, begini begitu.
darah B, begini begitu.
darah AB, begini begitu.
darah O, sekian sekian..

ish!!! macam ntah pape je.

jenis darah, boleh ubah?
tak boleh.
so, tak adil juga untuk nilai seseorang ikut jenis darah.

hakikatnya, yg membezakan kita adalah taqwa.
yg paling bertaqwa tu paling baik di sisi Allah.

tarikh lahir tu, takde kaitan dengan peribadi kita.
peribadi kita terbentuk melalui pendidikan yg kita terima; bukan ikut tarikh lahir.
kalau kita dididik dengan iman, maka, keimanan yg menjadi asas peribadi kita.
kalau kita dididik dengan kepuasan nafsu, maka, kebuasan nafsu yg menjadi asas peribadi kita.

darah keturunan. ia juga bukan kayu ukur yg adil untuk menilai peribadi seseorang. walau ayahnya seorang nabi sekalipun, kalau tak beriman, apa gunanya? apa jadi pada anak nabi Nuh di dunia?? fikir-fikirkan. dan ingat! walau ayahnya ialah abu jahal sekalipun, dia tetap dikira mulia di sisi Allah kerana dia beriman kepada Allah..dialah Ikrimah namanya.

So, apa sangatlah nak diambil kisah dengan jenis darah, hari kelahiran, bulan kelahiran, tahun kelahiran segala bagainya tu. bukan itu yg jadi nilaian peribadi kita sebenarnya tapi iman di hati. cakap pasal iman, mana kita nak tahu iman orang macam mana, kan? hmm..sebab tu dikatakan akhlaq cerminan hati. iman ada tandanya; terzahir pada akhlaq dan tutur katanya. di sini kita selaku manusia boleh menilai iman kita melalui apa yg terzahir pada akhlaq dan tutur kata. sedangkan apa yg tersimpan dalam hati, itu bukan urusan kita untuk menilai. hati, urusan Allah untuk menilainya.

BERYUKURLAH walau bila pun tarikh kita dilahirkan. sekurang-kurangnya dapat juga kita merasa nikmat kehidupan dunia. dapat juga kita kenal Allah. dapat kita lihat keindahan dan keagungan Allah melalui alam ciptaan yg terbentang luas ni. kalau kita tak dicipta oleh Allah, dapat kita nikmati semua ni? fikir-fikirkan. hidup ni ada 2 pilihan: syukur atau kufur. pilihlah untuk menjadi hamba yg bersyukur...=)

BERSYUKURLAH walau dari keturunan mana pun kita dilahirkan. walau apa jua jenis darah sekali pun. sekurang-kurangnya, dapat juga kita merasa nikmat kasih sayang orang yg menyayangi kita.

BERSYUKURLAH, walau bila pun tarikh lahir kita, walau apa jua jenis darah keturunan kita, kerana lupakah kita, kita adalah umat pilihan. kita semua adalah umat nabi Muhammad s.a.w. Tidakkah kita rasa beruntung menjadi umat pilihan. Tak mahukah jadi umat pilihan?? pelik je kalau ada yg tak nak jadi umat pilihan. semua org nak. Oleh tu, berimanlah kepada Allah. Ikutlah petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Pilihlah untuk hidup dalam keimanan; bukan angan2. Hidup dalam keimanan itu lebih indah harmoni!

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment