Monday, April 11, 2011

MENCARI ALLAH

Belajar bukan sekadar atas kertas. kenapa? kerana ilmu tu sentiasa ada berlegar di keliling kita. cuma terpulang pada kita nak belajar atau tak. tu je.

Lihatlah dengan bukan sekadar lihat. Tiada yg Allah jadikan sia-sia. Semuanya ada ibrah dan hikmah bagi manusia. Itupun jika manusia mahu berfikir. Fikir yg bukan sekadar fikir, tetapi berfikir untuk cari kebenaran. Setiap manusia diberi keupayaan untuk mengenal siapakah Tuhan pencipta alam ni. Hatta budak 2-3 tahun pun boleh diajar mengenal Allah. sangat mudah.

Tapi pelik. Bagaimana ada manusia boleh dinobatkan sebagai orang bijak pandai sedangkan dia tak kenal siapa Tuhan yg mencipta dirinya sendiri. Sepatutnya, makin tinggi ilmu, makin tambah ma'rifatullah..makin tambah ihsan dalam diri..makin tambah tawadhuk pada Allah..makin tambah cinta dan taat kepada Allah; bukan semakin jauh. Malang sungguh, sesat dalam ilmu sendiri. Ini masalah kalau hati menolak kebenaran. Maka takkan nampak lagi kebenaran depan mata.

Pelik. Bagaimana dunia menerima teori evolusi? bagaimana boleh untuk mampu percaya pada sesuatu yg sangat tak logik tapi tak boleh yakin pula pada perkara yang sangat logik? pelik. aneh. Bukankah membuktikan Tuhan ada lebih mudah daripada membuktikan tiada? seluas-luas alam ni siap dengan sistem rapi susunannya, takkan takde yg mencipta? takkan jadi sendiri? mudahkan? secara fitrahnya, akal boleh terima bahawa dunia ni ada pencipta. yg menyebabkan wujud golongan ateis, tu bukan salah akal. Allah dah cipta akal yg baik berfungsi. tu salah sendiri yg menolak fitrah akal; menafikan kebenaran.

Belajarlah walau sekadar melalui pemerhatian ke atas seekor semut. Lihat semut. Rajin. Walau badan kecil, tapi kuat berdikari. Walau kecil, tinggi imannya pada Allah. Ingat lagi kisah semut dengan nabi sulaiman? Betapa semut tu tinggi tawakkalnya pada Allah. Lihat lagi pada semut. Cuba tengok macamana gaya semut kalau terjumpa sesama mereka. Comel. Mereka berhenti dan seseolah berkata sesuatu. Mungkin bersalaman sesama mereka kot. Wallahua'lam. (Saya tak faham bahasa semut). Lihat lagi pada semut. Mereka hidup dalam masyarakat harmoni, saling bekerjasama, tolong-menolong. Tak caya?? cuba letak gula atau apa je sebagai umpan kat mana2, pastu perhatikan. Mulanya, takde semut.. pastu ada sikit..pastu lama-lama, sedar tak sedar, dah banyak kaum kerabat semut datang. Nampak? Semut tak kedekut kongsi rezeki dengan kawan n saudara-maranya. Pernah nampak semut bergaduh sesama mereka sebab rebut makanan? Ha, fikir-fikirkan. ni baru semut je.

Banyak lagi ibrah yg kita boleh ambil dari alam sekeliling kita ni sebenarnya. Ambillah. Apa-apapun, biarlah dalam setiap pemerhatian kita, semuanya membuatkan hati kita kembali mengingati Allah..memuji kebijaksaan Allah..menambah rasa syukur kita pada Allah..meningkatkan keimanan kita pada Allah, insyaAllah.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment