Sunday, March 13, 2011

KEHIDUPAN INI.

Kehidupan ini adalah perjuangan membuktikan keimanan; siapakah yg paling benar janjinya kepada Allah taala? Siapakah??

Kehidupan ini adalah episod pembentukan kehidupan abadi yg kita inginkan di akhirat kelak; perlu dicorakkan mengikut apa yg dicita, sesuai dengan jalan menuju bahagia abadi yg didamba.

Kehidupan ini debaran menghadapi ujian kesenangan dan kesusahan. mampukah hati sabar dalam kesusahan & bersyukur dalam kesenangan?? atau mungkinkah hati makin lari & jauh??

Kehidupan ini menggamit sebuah memori di hadapan. yg berlalu hanya tinggal kenangan membawa pengajaran pengalaman dalam meniti kehidupan mendatang. moga makin hari, makin bertambah iman dan amal, insyaAllah.

Kehidupan ini banyak dipenuhi penyesalan dek kerana kesempatan lalu yg terabai; tanpa disengajakan; lalai. Maka, bagi masa tersisa yg ada, teruskanlah langkah perjuangan!!

Kehidupan ini menuntut sebuah panduan sebagai petunjuk jalan; penawar hati yg sempit menahan rasa kesal; jua jaminan keselamatan sepanjang hayat. Maka, ikutlah panduan al-Quran dan as-Sunnah, nescaya takkan sesat.

kehidupan yg ada, syukurilah.
kematian menjelma, insafilah.
hidup mati lumrah kejadian.
kita hanya hamba..
menurut saja kehendakNya..
apabila Dia berkata "kun", maka terjadilah!!

*alhamdulillah, syukur pada Allah kerana merahsiakan taqdir..
jika taqdir baik, tiadalah diri ni malas.
jika taqdir buruk, tidaklah diri ini kecewa.
..kerana dapat disedari, Allah sentiasa memberi ruang untuk kita terus berusaha!!! Ruang itu adalah rahmat!! perlu disyukuri; perlu dihargai!!

*Hargailah kehidupan ini! Jadikan dunia sebagai ladang akhirat.
di sini kita menyemai benih, di sana kita menuai hasil, insyaAllah.
DAN, selamat husnul khatimah semua saya ucapkan bagi orang yang sentiasa mendamba redha Allah, insyaAllah, ameen..

salam sayang!
assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment