Saturday, March 19, 2011

KABUR HATI, KELABU MATA.

Sedar atau tidak, kebanyakan orang telah membuang kekuatan rohani kerana mementingkan hawa nafsu & wang ringgit. Akibatnya, tiada nilai izzah dalam diri. Apa tidaknya? saban hari bekerja mengumpul duit untuk memuaskan nafsu semata. Bahagiakah yang dicari? Bahagiakah yang ditemui?

Kebahagiaan itu letaknya di hati; ada dalam roh yang tenang berdamping dengan Ilahi. Namun, apabila dibuang kekuatan rohani, mana lagi kebahagiaan mungkin dicari? tak mungkin!!

Carilah semula bahagia yang dibuang. Carilah semula kekuatan rohani. Roh takkan mampu hidup tenang berjauhan dari Pencipta. Fitrah insan, hidup perlu berTuhan. Juga adalah fitrah manusia, tenang dengan kebenaran.

Jangan tersilap memilih Tuhan yang satu. Allahu ahad. Allah esa. Allah tempat kita mengadu dan bergantung harap padaNya. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Istimewanya Allah, tiada yang serupa denganNya. Allah mengajar kita bagaimana untuk hidup bahagia.

Jikalau kita hendak menghadapi kesusahan pada masa ini dan gelora yang akan datang, kita mestilah bersenjatakan suatu falsafah yang diajar oleh Islam - falsafah hati yang cekal, yakin dan sabar. Sesungguhnya Allah bersama dengan hambaNya yang sabar..

Masa ini modal hidup seseorang bukanlah wang ringgit dan harta benda melainkan sebenarnya ialah tubuh dan semangat yang kuat. Manfaatkan kekuatan yang ada bagi mencapai redha Allah. Jangan tunggu tatkala badan tiada daya, baru bercita-cita untuk berjuang mendapatkan mardhatillah tetapi saat ini jugalah harus kita mulakan. Lagipun, hakikat kematian tak kenal siapa. Ia datang bukan mengikut jadual kita tetapi jadual Allah taala. Allah yang aturkan jadual kematian untuk kita. Orang yg sihat pun, boleh mati tiba-tiba tak semestinya org sakit. Orang muda pun sama, tak semestinya org tua.

Mungkin bagi kita sesuatu yang jadi luar andaian kita adalah 'tiba-tiba', namun, bagi Allah, mudah saja. Apabila Dia berkata "kun", maka terjadilah apa jua mengikut kehendakNya...

Insafi dunia sementara. Jangan dilayan cemburu nafsu pada keperluan hakikatnya roh kita yang perlu dimanja. Roh tenang, insyaAllah, nafsu tenang. Nafsu suka, belum tentu roh suka. Damaikanlah kedua-duanya mengikut garis panduan yg telah Allah berikan kepada kita melalui kitabNya dan sunnah Rasulullah saw, makhluk kesayanganNya.

Wallahua'lam~

No comments:

Post a Comment