Wednesday, May 19, 2010

X-RAY HATI

menurut pakar permasalahan hati dan jiwa, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan bagi memulihkan hati yang menderita daripada pelbagai penyakit dan gejala-gejala negatif. antaranya termasuklah bergaul dengan orang-orang soleh. walau bagaimanapun, semua ini boleh dikatakan hampir-hampir pupus pada masa kini. kerana itu, Dr Yusuf Qardhawi mengesyorkan hamba mukmin supaya banyak membaca kisah-kisah hamba Allah yang soleh.

hindarilah faktor-faktor yang dapat menjauhkan kita daripada sinaran Ilahi. semakin banyak seseorang hamba terdedah kepada cahaya hidayah, dia semakin terangsang membersihkan hatinya dan menjaga keutuhan serta kualiti kebersihan hatinya. dengan demikian, dia akan memiliki pendirian dan keyakinan yang kuat serta kukuh. ini adalah faktor utama kejayaan di dunia dan akhirat.

surah Ibrahim ayat 27:
" Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. "

No comments:

Post a Comment