Wednesday, May 19, 2010

PERJALANAN MENUJU ALLAH

disebabkan permasalahan hati & nafsu ada pelbagai kerumitan atau komplikasinya, maka bagi hamba yang benar-benar memiliki kepekaan, dia harus tabah dan sabar dalam menyelesaikan kerumitan itu. hati yang berbalut dosa boleh juga diibaratkan sebagai gumpalan benang yang kusut yang harus diselesaikan dengan tenang dan tabah.

banyak ulama yang mengibaratkan kehidupan beragama ini laksana satu perjalanan yang terdapat segi-segi kerumitannya. maka pembimbing (mursyid) sangat diperlukan. dalam pada itu diperlukan juga shuhbah iaitu, teman atau kumpulan kawan yang baik-baik. memandangkan banyaknya cabaran, dugaan dan kerumitan di sepanjang perjalanan hidup kita, tidak dapat tidak, hamba yang berjalan harus tetap berhubungan dengan mursyid dan teman atau jemaah yang soleh.

tokoh Islam masa kini, Said Hawwa, membuat definisi:-
" perjalanan menuju Allah s.w.t maksudnya ialah: suatu peralihan daripada nafsu atau jiwa yang tidak bersih menuju nafsu yang suci bersih; dan daripada akal yang tak islamik menuju akal yang islamik; dan daripada hati yang memiliki sifat kafir, atau munafiq atau fasiq, atau hati yang sakit, atau yang kesat dan kasar menuju hati yang sihat sejahtera dan aman tenteram iaitu memiliki thuma'ninah atau hati dan jiwa yang mutmainnah. "

No comments:

Post a Comment