Friday, May 21, 2010

UMAT ISLAM MESTI BOLEH!!

Takut yang paling berbahaya ialah takut mengamalkan Islam. Dalam Islam, kita tak perlu takut mengamalkan Islam.

Rasa takut adalah rahmat Allah untuk hambaNya. Perasaan takut dapat benteng diri kita daripada melakukan maksiat. Islam mengajar umatnya menguruskan rasa takut dengan baik. Rasa takut mesti diseimbangkan dengan rasa harap.

InsyaAllah, umat Islam yang berpegang teguh dengan al-Quran & as-Sunnah adalah umat Islam yang hebat. Cita-cita tinggi.. semangat kuat.

Dengan prinsip hidup LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH, umat Islam bergerak yakin, tak gentar apapun cabaran. Hidupkan hati dengan kalimah tauhid ini. Hidupkan hati dengan al-Quran. Hidupkan hati dengan sunnah. Hidupkan hati dengan rasa cinta kepada Allah. Yakin Allah bersama orang-orang beriman. Yakin Allah pasti membantu hamba-hambaNya yang ingin mendapatkan keredhaanNya.

Sabarlah hai nafsu..
Hidup di dunia ni tak lama pun. Buat betul-betul. Buktikan diri sebagai hamba Allah yang cinta & taat kepadaNya. Sabar sekejap je. Pilih satu di antara dua.. Dunia atau akhirat??
Jika akhirat yang kau pilih, insyaAllah, dunia ni terasa kecil sangat untuk dibanggakan.
Jika akhirat yang kau pilih, apalah sangat kesusahan di dunia ni andai dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.
Jika akhirat yang kau pilih, sabarlah menahan ujian-ujian...
Jika akhirat yang kau pilih, bergembiralah kerana makin hari hidup ini makin dekat dengan akhirat. Akhirat akan tiba dan dunia akan ditinggal pergi.
Jika akhirat yang kau pilih, maka gunakan dunia ini sebagai bekalan untuk kehidupan di sana.
Jika akhirat yang kau pilih, tenanglah, Allah pasti sediakan ganjaran di sana untukmu.
Jika akhirat yang dipilih, maka tiada lagi resah gelisah dalam mengharungi ujian-ujian hidup di dunia ini apabila hati sudah ikhlas menerimanya sebagai ketentuan dari Allah..
And..
detik yang paling bahagia akan tiba..
hati terasa gembira apabila berjaya bertemu Allah bi qolbin salim.

*Ya Allah, izinkanku bertemuMu bi qolbin salim..amin..amin..amin..

No comments:

Post a Comment