Saturday, May 22, 2010

ALAMAT KE KAMPUNG HALAMAN KITA

Garis panduan untuk dapat kejayaan di dunia dan akhirat ada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Kekuatan mukmin adalah kerana mereka menjaga hubungan dengan Pencipta; Allah. Apabila hubungan dengan Allah rapuh, mulalah hati akan jadi bolak balik..resah gelisah..tak senang.. Semua perasaan ni adalah isyarat untuk kita kembali kepada Allah jika kita inginkan ketenangan kembali bertandang di hati kita.. Seandainya kita tak kembali kepada Allah, maka, pada ketika itu, syaitan yang akan mempengaruhi daya fikir kita, gerak hati kita dan tingkah laku kita. Bahaya. Why? Sebab, kalau syaitan yang mengemudi hati seseorang, seseorang itu susah untuk bezakan antara yang benar dengan yang salah. Yang salah dianggap benar, yang benar dianggap salah.. Dosa-dosa terasa indah pada pandangannya.. Na'uzubillah.. Takut lama-kelamaan hati tertutup rapat daripada menerima hidayah. Tanpa hidayah, hilanglah arah...
tak dapat balik kampung asal..berhari raya...
*bukankah kampung asal kita ialah syurga?

Dan adakah kita tahu sebenarnya Allah sangat berkehendakkan kita hamba-hambanya berjaya masuk syurga...??

tak percaya??

Rujuk surah Yunus ayat 25.

Moga kita tergolong dalam hamba-hamba Allah yang sentiasa mendapat hidayah Allah..amin..

No comments:

Post a Comment