Wednesday, May 19, 2010

LAW OF ATTRACTION

Belajar fizik tapi keluar bayangan hari kiamat. ada rahsia sunnatullah yang tak dapat diungkap. di sebalik 'law of nature'/hukum alam, sebenarnya tersirat bukti kekuasaan Allah. dan alam ini bukan semulajadi. tiba masanya akan datangla kiamat. rupa-rupanya seberat zarah tu bukanla sebesar biji sawi tapi lebih halus dari tu. dalam surah az-Zalzalah dan al-Qari'ah, di samping diceritakan kepada manusia tentang hari qiamat, tersirat satu sunnatullah yang ada kita belajar dalam fizik iaitu 'law of attraction'/daya tarikan.

dalam law of attraction, sesiapa yang berbuat baik, bererti dia telah menarik kebaikan-kebaikan untuk dirinya..sama juga ertinya, dia sedang menarik rahmat Allah agar datang kepadanya. begitulah sebaliknya. dan al-Quran terasa indah bagi sesiapa yang merasa. ia bukan buku biasa. al-Quran sangat istimewa. kalaulah kita sedar keistimewaan al-Quran dari dulu, tentu kita takkan biarkan al-Quran ditinggalkan berhabuk kerana tak disentuh, tak dibaca. Wallahua'lam. bagi saya, al-Quran adalah keperluan; bukan pengisi masa lapang.

No comments:

Post a Comment