Wednesday, May 19, 2010

ISLAM AGAMA SEJAGAT

Satu hari main-main bahasa..
seronok pula.
-naan unnai kadalikiren= i love u (bahasa tamil)
-me tumse pyar kerti hoon= i love u (bahasa pakistan)
-wo ai ni= i love u (bahasa mandarin)
-uhibbuk= i love u (bahasa arab)

Subhanallah.. Allah jadikan manusia pelbagai rupa dan bangsa, bahasa berbeza-beza, namun, Allah satukan semua dengan Islam..
Bagi sesiapa yang inginkan perpaduan, persefahaman fikiran, ambillah Islam sebagai gaya hidup. Islam sebagai din wa daulah. ketinggian Islam merentasi adat budaya dan bangsa. kesyumulan Islam meliputi setiap sudut teluk dan benua. keindahan Islam menghiasi seluruh kehidupan di sini dan di sana. kebenaran cahaya Islam menerangi setiap pelusuk masyarakat di setiap tempat. kesempurnaan Islam merangkumi semua aspek kehidupan. dalam Islam ada segala kebaikan, kesempurnaan, keindahan, kemuliaan..

..kita adalah umat yang dimuliakan Allah dengan Islam. barangsiapa mencari kemuliaan selain Islam, maka akan digantikan untuknya dengan kehinaan.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment