Wednesday, May 19, 2010

BERIMAN DALAM KEBEBASAN

bebas berkawan dengan sesiapa saja bukan bererti bebas daripada syari'at. syari'at tetap perlu dijaga. berkawanlah sekadar batasan syariat. jangan buat undang-undang sendiri, kelak merana diri. jangan diikut nafsu yang melulu, kelak hilang rasa malu. dan bukankah malu itu sebahagian daripada iman?? dan iman itu perlu dijaga dengan baik kerana iman itu cahaya di hati, menerangi jalan menuju destinasi cinta yang hakiki, Allah. andai malap cahaya, kaburlah jalan. andai terpadam cahaya, sesatlah jadinya. hanya hati yang bercahaya saja, insyaAllah mampu memberi cahaya kepada hati-hati yang lain.

iman, walaupun sekecil manapun, senipis manapun, seringan manapun,..ianya tetap memberi cahaya di hati selagi tak dicemari dengan titik-titik dosa; noktah hitam dari maksiat di hati. andai dipelihara elok-elok, insyaAllah, makin hari makin bercahaya, bercahaya, dan terus bercahaya. namun ingatlah, andai tiada pertahanan diri untuk menjaga iman dan taqwa dalam hati, tak mustahil...
..terjadi seperti yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
"ada orang yang imannya masih utuh di pagi hari namun di petang hari,***ada orang yang imannya masih utuh di petang hari namun di pagi hari, imannya ***"
>merekalah orang yang sanggup menjual agama semata-mata kerana nak dapatkan dunia<

#jagalah iman baik-baik, moga Allah matikan kita dalam keadaan beriman, ameen..

No comments:

Post a Comment