Friday, May 21, 2010

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER MOTIVASI DIRI

Al-Quran sebuah kitab yang ajaib. Hebatnya al-Quran. Baiknya Allah kerana menurunkan al-Quran. Allah tahu segala keperluan manusia. Hidup manusia sering didatangi pelbagai peristiwa..ada yang berupa kesenangan, ada yang berupa kesusahan.

Al-Quran mendidik jiwa manusia supaya bersyukur apabila beroleh kesenangan & bersabar apabila beroleh kesusahan. Hakikatnya kedua-dua itu merupakan ujian daripada Allah. Dan janganlah kita lupa, di sebalik ujian, pasti ada rahmat Allah..
Al-Quran mendidik kita agar sentiasa redha dengan pemberian-pemberian Allah. Semua yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Yakinlah. Trust Allah. He knows best!!

Jadi, X kiralah dalam apa jua situasi, pasti, Allah adalah sebaik-baik sandaran kita. Berserahlah diri kepada Allah. Allah ada sediakan rezeki yang terbaik untuk kita. Cuma terpulang pada kita, adakah kita mahu atau enggan? Kalau nak, ambillah & peganglah elok-elok. Sungguh-sungguh. Betul-betul. Kalau tak nak terpulanglah..memang rugi!! Allah tak rugi apapun. Sebaik-baik rezeki yang Allah kurniakan untuk kita adalah al-Quran dan as-Sunnah. Ambillah & peliharalah.

No comments:

Post a Comment