Friday, May 21, 2010

INSAFI DUNIA SEMENTARA

Lihatlah dunia ini dengan mata hati; bukan dengan mata kasar. Insafilah dunia sementara. Jangan biarkan keindahan dunia memukau pandangan mata menutup pandangan hati. Sesungguhnya dunia adalah penjara orang mukmin, syurga bagi orang-orang kafir.
Ku berpesan kepada diri,
hai diri, janganlah terpedaya dengan tipu daya dunia.
hai diri, ambillah yang perlu saja dari dunia ini. Jangan tamak. Jangan mimpi nak kaut semua kekayaan dunia kerana kau akan kehilangan semua. Bersyukurlah dengan nikmat Allah. X kira betapa kecil pun nikmat Allah itu, pasti kau akan merasa kaya jika kau tahu untuk bersyukur. Setiap hamba Allah, ada rezeki yang Allah dah sediakan. Kita semua ada bahagian masing-masing. Tujuan utama hidup di dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Dunia ini, Allah akan wariskan kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. Allah dah janji, kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment