Saturday, October 4, 2014

hijrah seorang "beta"

aku perempuan dunia,
termenung di jendela melihat langit sana,
bintang-bintang berkelip-kelip mata,
bulan samar malu sahaja,
perindu menjejak kekasih,
menghulur tangan meminta,
dikeluarkan dari dunia kacamata,
berpindah menuju kenal Pencipta.
menunggu dan terus menunggu jua,
setia janji Pencipta yang Maha Cinta.
Dialah yang memilihkan arjuna "beta".
kerana Raja hati itu ialah Dia jua.
wahai Dia, keluarkanlah perempuan dunia dari keduniaan berpindah alam mengenal Pencipta.
tiadalah mampu hamba mengenalMu melainkan dengan rahmatMu jua....

ilaahi anta maqsuudii wa ridhaaka matluubii aatinii mahabbataka wa ma'rifataka... amin....

No comments:

Post a Comment