Saturday, December 31, 2011

suatu hari, dengan tak malunya, kacau mak....
saje suka :D
datang kat mak dan baring..
sembanglah macam-macam...
tadah telinga...
biasa buat macam ni. suka. tak de keje :P

topik sembang, sempoi je..
tapi tak tahulah nape, tiap kali sembang dengan mak, antara 2, kalau tak rasa insaf, rasa bersemangat. [tapi, tak termasuk kalau mak naik angin...seram...senyuman marah mak, comel, tapi menakutkan...Sebelum mak marah, baik cabut lari, atau buat apa mak suruh. mulut mak masin...takut juga, kalau mak hilang sabar...]

biasanya, kalau takde adik beradik lain dekat mak, haha, suka!! ni lah masanya aku mintak nasihat dari mak... "mak, bagilah bb nasihat.. apa-apa je! ikut suka mak nak cakap apa.."
:) mak pun layan jelah aku...
banyak juga nasihat yang sama diulang-ulang, tanpa jemu..
uh, pedih.. (that's why, aku tak suka kalau adik-beradik lain ada sama, waktu 'sesi kaunseling' aku dengan mak..)
dan mak pun tahu, aku ni jenis macamana.. :)
terima kasih, mak...
"tapi mak,....." ~aku.
"takpe, pelahan-lahan..mak doakan." ~mak.

kadang-kadang,
suka tanya soalan ikut suka hati je..
"mak, abah hensem tak waktu muda dulu??" :P
"mak, macam mana mak terpikat kat abah??" :P
hahahaha...
tersengih aku dengar cerita mak zaman dulu..
suka!! :D
(that's why, teringinlah nak tengok mak abah di majlis perkahwinan. macam comel je. :) tapi, mustahil la tu... aku pun tak wujud lagi..) apa yang boleh aku harapkan, semoga Allah merezekikan mata ini melihat 'majlis' perkahwinan mereka di akhirat, insyaAllah....

Caranya?? Wallahua'lam.
(ada la beberapa jalan, yang pernah diberitahu kepadaku..yang pernah ust ustzh ajarkan...) Tak mudah, tapi, tak salahkan, kalau kita berusaha?? :) Hakikatnya, semua kurniaan adalah dari Allah. Nak mengharapkan siapa lagi, kalau bukan Allah??

kisah anak dengan mak..
biasa lah..
semua cerita. tak malu pulak tu..
kadang-kadang, ada juga segan..
kalau tak cerita pun, mak tahu...
sumber maklumat mak banyak. antaranya, dua-dua cik adik.
memandai je bagi tahu mak..

dan..
alang-alang dah terkantoi,
:) "macam mana ni mak??" ~aku.
"biasalah tu.. doalah.." ~mak.
"doa macam mana?" ~aku.
"ya Allah, kurniakanlah untukku jodoh yang baik untuk duniaku dan akhiratku.." ~mak.
"ameen.." ~sama-sama meng'amin'kan doa...
"mak pun, tolonglah doakan.. Doa mak untuk anak, makbul.."~aku.
"ye, jangan risau." ~mak.

(chewah!! special tu.. Mak yang doakan.. :D that's why tak main ah yo ya yo ya...Siapapun, tak kisahlah. aku dah suka dia sebelum aku tahu siapa pun dia. sebab, aku yaqin, doa mak terbaik. dan aku yaqin, siapapun yang Allah pilihkan untuk aku, itu yang TERBAIK untuk duniaku dan akhiratku, insyaAllah..ameen...)

dalam hati ada taman... :)

dalam taman, ada mak abah..
mereka selalu menyuburkan harapan...
pergantungan sepenuh tawajuh kepada Allah..
mengharapkan kebaikan di hari pembalasan...

"selagi masih hidup, buatlah baik.. Hidup sini tak lama.."~mak.

"Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Janganlah sombong wahai manusia.."~mak.

"Belajar jelah. Fokus. Tahulah abah nak tanggung semua anak-anak abah belajar. Abah tak harap balasan apa-apa. Dah memang tanggungjawab abah. Kalau ada anak-anak abah yang nak doakan abah, alhamdulillah, abah bersyukur. Kalau tak ingat pun tak pe, abah redha." ~abah.

Allahuakbar.
Berat hati menahan..
mana mungkin, aku lupakan kalian.. ='(
insyaAllah, takkan.
kerana kalian hadiah teristimewa dari Allah buat diriku..
Alhamdulillah..
adapun hati kalian terluka disebabkanku..
maafkanlah anakmu..
dan..
aku mohon ampun dari Allah..
atas segala dosa-dosaku..
astaghfirullah..

~terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment