Sunday, May 1, 2011

Sumpah Laknat Si Munafiq



Hargai kehidupan yg Allah beri. Bersungguh-sungguh dalam mendapatkan redhaNya. Ada manusia yg menggadai nyawa demi mendapatkan redha Allah. Bagus. Bijak. Berani.

Tapi, pelik. Mengapa ada manusia yg 'berani' sumpah laknat?? MENGAPA?? soalan yg tiada jawapan. kalau nak tahu jawapan, perlu tanya sendiri pada org yg bersumpah tu..

Dan aku berlepas diri dari sumpah tu. Tak sanggup aku menghadapi murka Allah. itu adalah pilihan dia yg ingin terus melakukan sumpah tu.

"hei, saudara bertiga!!! adakah kalian kalah sebelum berjuang?? (berjuang dalam mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat). Masih waras lagi?? Mengapa kalian menempah laknat Allah atas diri kalian, sedang kalian...??" (suara hati)

[Allah...ustaz tu bercakap penuh teratur, cantik pula bahasanya, lembut nadanya. Alhamdulillah.. Kalau saya yg diamanahkan untuk cakap pada mereka bertiga, (sedang membayangkan), hmm... wallahua'lam, tak tahulah macamana keadaannya...]

Tak dapat bayangkan.
Tak boleh.
Kalau spontan, lain cerita.
Tak peduli dah datuk ke, nenek ke, fire habis.
Gunakan kemahiran menjahit untuk jahit mulut mereka. kasihan mereka. untuk kebaikan mereka jugak saya jahitkan mulut mereka. atau kalau tak reti jahit, guna gam gajah pun ok jugak. murah je gam gajah tu kalau nak dibandingkan dengan cita2 agama yg mereka gadaikan.

tapi...

terlajak perahu boleh undur,
terlajak kata??

hmm..

kerana pulut santan binasa.
kerana mulut bukan badan je binasa.
amalan pun boleh binasa.

No comments:

Post a Comment