Wednesday, May 4, 2011

JEMU

J.E.M.U.
Jemu pada ketidakseimbangan diri.
Jemu pada perkara2 yang akhirnya hilang dan fana.
Jemu pada memikirkan sesuatu yg tidak pasti.
Jemu pada mengharapkan sesuatu yg jauh untuk digapai.
Jemu pada menunggu hadirnya sebuah penantian.
Hati sudah jemu.

Jika dikata cinta manusia itu hanya sementara, maka benarlah, aku akui, ia sementara. Aku sendiri, menilai diri sendiri, ada ketika aku cinta, namun, pada ketika lain rasa cinta hilang begitu saja. Jadi, mana mungkin aku mengharapkan cinta abadi dari seseorang sedangkan dia juga manusia seperti aku. fana. Jemu.

Seringkali hati manusia digusarkan oleh dunia. Gusar pada bermacam2 perkara. Harta, kerjaya (akademik, bg pelajar), keluarga, kawan2, pengaruh, penerimaan org keliling.. dan macam2 lagi... Semua ni merimaskan diri sendiri.

Antara masalah yg sering kita ambil berat ialah, persepsi org lain.. Kadang2, 'mereka' tak wujud pun sebenarnya, namun, kita yg sering memunculkan 'mereka' di minda kita. Dalam bahasa mudahnya, 'mereka' hanya wujud di minda saja.

"jika saya begini, apa org kata.."
"jika saya begitu, apa org kata.."
(inilah yg dikatakan 'mereka' wujud di minda kita saja.)

Tak salah kita memikirkan perihal pandangan org lain terhadap kita, namun, dalam masa yg sama, kita perlu bijak menapis dan menepis apa yg patut. Jangan biarkan hidup kita dipenuhi dengan sangkaan yg bukan2; sangkaan yg seolah-olah mencerminkan kita seperti org yg tiada rasa keindahan hidup berTuhan.

Selamat menemui jalan JEMU apabila Allah bukan lagi matlamat dirimu. Bersyukurlah andai rasa JEMU itu hadir.... Itu bererti, perlunya pembaharuan kehidupan diri ke arah sesuatu yg dapat memberi makna dalam kehidupan...

Biarlah rasa jemu ini hadir.
Secara jujurnya, saya perlu susun semula rutin hidup saya... Perlu merangkumi semua aspek.. hubungan dengan Allah, juga hubungan dengan manusia. Kerana saya sudah JEMU pada sebuah ketidakseimbangan diri.

*ini diri saya. jika anda juga terdetik untuk lakukan pembaharuan, alhamdulillah, silakan. SELAMAT BERJAYA, INSYAALLAH. =)

No comments:

Post a Comment