Thursday, April 14, 2011

seperkara yg sangat perlu kita ingat.
hidup kita, makin hari makin tua; sisa usia makin sikit.

realiti.

dunia ni, walau sekuat tenaga kita kejar, makin hari makin jauh, dan jauh, dan jauh.. Tak terkejar.

dan

akhirat pula, walau segala macam ikhtiar kita cuba untuk mengelak darinya, namun, makin hari, makin dekat, dan dekat, dan dekat... Takkan mampu kita lari darinya.

lalu,

bagaimanakah sewajarnya kita??

ingat!!

matinya kita nanti, bukan mati sebagai budak kecil lagi dah. usah bermimpi begitu. memang seronok, mati sebagai kanak-kanak, tiada dosa, bersih, terus je masuk syurga. apapun, bersyukurlah dengan nikmat kehidupan. jangan pula cemburu pada mereka yg meninggal dunia semasa kecil. kanak-kanak kecil, belum mengerti apa2, memang wajar hayat mereka di dunia tak dipersoalkan, terus je masuk syurga tanpa hisab. kita??

kita adalah mukallaf, mampu mengerti tujuan kehidupan ini. kita diberi upaya untuk memilih hala tuju hidup kita. kita yg memilih corak hidup kita. Allah tak paksa kita menerima syariatNya.

mudah kata, Allah tak paksa pun kita masuk syurga. kalau nak masuk, silakan. laluilah jalan menuju ke syurga. kalau tak nak, tak mengapa. pilihlah jalan mana yg berkenan di hati.

Agama yg diterima di sisi Allah, ISLAM. selain tu, tidak. hanya agama tauhid saja yg Allah terima.

SYARIAT ISLAM adalah untuk kesejahteraan kita. Allah tak rugi apa2 kalau kita tolak Islam. dan, Allah tidak juga untung apa2 kalau kita terima Islam. Allah tak berhajat kepada sesiapapun. kita yg perlukan Allah, sebenarnya. tapi??

saban hari, kita menyombong diri dengan Allah, secara sedar atau tidak...

Kita bertindak seolah dunia ni kita yg punya, ikut suka hati kita je. Kita berlagak seolah nak kata, "my body is my own business". Padahal, dunia ni, Allah yg punya. Kita bukan pemilik, kita hanyalah hamba yg ditugaskan sebagai khalifah di bumi ni.

apa tugas khalifah???
mentadbir bumi dengan syariat Allah, sepatutnya.
namun, adakah kita laksanakan tugas kita??

Jasad.
Jasad kita, bukan kita punya, tapi Allah punya.
Jasad kita, umpama mesin yg dipinjamkan oleh Allah, untuk menjalankan tugas sebagai khalifah. Jasad kita, bukan milik kita.

ingat lagi janji kita kepada Allah di alam roh??
ingat?? tak ingat, kan? kita pelupa, sebab tu Allah utuskan rasul yg membawa wahyuNya.

Rujuk surah al-A'raf, ayat 172.

nah, roh diberi jasad untuk buktikan kebenaran janji. adakah janji ditepati, atau dikhianati?

siapakah yg berjanji?? kitakah tu yg berjanji tu??

YE, ROH YANG ADA DALAM KITA INILAH YG TELAH BERJANJI.
kita lah tu..
jangan buat2 tak tahu pula..
susah nanti..

Wallahua'lam.

[pesanan dari saya, pesanan roh untuk roh: jom kita buktikan kebenaran janji kita di alam roh dulu dengan jasad yg Allah beri kepada kita di alam dunia ini, sebelum nanti kita pulang semula ke alam roh.. MOGA JANJI DITEPATI, INSYAALLAH.. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. semoga kita semua selamat berjaya menunaikan janji kita kepada Pencipta kita, insyaAllah. Bittaufiq wan najah!!!]

wassalam.

No comments:

Post a Comment