Thursday, April 14, 2011

Husnuzon (bersangka baik).
serendah-rendah tingkatan ukhuwah.
ingatkan senang je,
rupa-rupanya susah.
masyaAllah.

kagum,
pada 3 pemuda.
yg akhirnya syahid.
walaupun tersangat dahaga, namun, masing2 terlalu ingin melebihkan kepentingan saudaranya yg lain sehingga akhirnya, kesemua syahid sebelum sempat minum air. Subhanallah. tenang. tiada riak gundah pada wajah. wajah mereka berseri penuh kecintaan kepada saudara seIslam.

"kisah kalian, mengajar erti kasih sayang dalam bersaudara. terima kasih untuk pengajaran ini, walau tak pernah jumpa pun kalian semua."


kagum,
pada seorang lelaki, yg mendapat pujian dari nabi. sahabat tertanya-tanya, apa istimewanya laki ni sampai nabi puji dan Allah pun sangat sayang kepadanya. nampak macam biasa2 saja.. Akhirnya terbongkar rahsia mengapa. Rupa-rupanya, setiap kali sebelum tidur, laki tu dengan senang hati memaafkan saja apa jua kesalahan org lain terhadapnya. seolah-olah tiada apa-apa yg menyakitkan hatinya. yg dia nak, redha Allah semata. maka, memang patutlah Allah sayang padanya dan nabi pun memujinya di depan sahabat baginda. baiknya hati!!! terpikat. subhanallah.

"kisahmu, pemuda beriman, mengajar erti berlapang dada dan nilai kemaafan. terima kasih juga untuk pengajaran ini walaupun tak pernah berjumpa. HEBAT!!"


subhanallah.
secara kasarnya, nampak macam biasa2 saja. tapi sebenarnya mereka manusia HEBAT!! jiwa bersih.

ukhuwah mereka indah!!
mereka bertemu berpisah kerana Allah,
dan saling mencintai kerana Allah,
juga memaafkan kerana Allah.

SEMUANYA KERANA ALLAH!!
SEBAB TU MEREKA HEBAT!!
SEBAB TU MEREKA DISAYANGI ALLAH DAN RASUL!!
SEBAB ITULAH..
..SEBAB SEMUANYA KERANA ALLAH..

No comments:

Post a Comment