Wednesday, March 30, 2011

MOGA HATI TETAP TAWAJUH

Berhati-hati merendah diri, jangan sampai menghina diri sendiri atau kufur akan nikmat yang diberi. Segala pujian layaknya bagi Allah sahaja, sepatutnya.

Berhati-hati memuji, jangan sampai timbul fitnah bagi hati orang yang dipuji kerana itu bukanlah perkara terpuji bagi orang yang memuji mahupun yang dipuji. Segala pujian layaknya bagi Allah sahaja, sepatutnya.

Berhati-hati memerhati, jangan sampai tercari-cari aib orang lain lalu melupakan aib sendiri. Perbaikilah aib sendiri dan tutuplah aib saudaramu moga-moga Allah menutup aibmu.

Berhati-hati memilih biarlah pilihan yang dibuat bukan saja baik untuk diri sendiri malah seluruh umat.

Berhati-hati melangkah, andai terpijak ranjau perjalanan, biarlah hati tetap teguh tawajuh dalam pencarian mendapatkan mardhatillah.

No comments:

Post a Comment