Sunday, March 13, 2011

KEBERKATAN YANG UTAMA!!

Berhati-hati dalam meminta. Berdoalah apa saja, namun, berhati-hatilah dalam setiap doa yg kita panjatkan. Mengapa??

Bayangkan, jika seorang hamba Allah cemburu melihat si kafir, si fasiq, si munafiq hidup senang lenang dalam kemewahan..lalu ia berdoa, "ya Allah, kuraniakanlah untukku kemewahan sebagaimana Engkau kurniakan kepada mereka.."

sedangkan, masyaAllah..
alangkah takutnya..
kerana si hamba Allah itu tidak sedar, dia mendoakan kebinasaan untuk dirinya sendiri..

ingatlah!! kemewahan harta benda bukan nilaian seseorang itu sama ada Allah suka padanya atau tidak. belum tentu!!

Perlu diketahui!! istidraj adalah salah satu cara Allah menghina golongan kuffar.

"kemudian apabila mereka melupakan apa yg telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu2 segala kemewahan & kesenangan.." [surah al-an'am:44]

ibnu Kathir dalam tafsirnya....
apabila orang kafir lupa kepada bala menimpa mereka sekaligus kembali sesat menentang ajaran Allah, lalu Allah mengurniakan mereka segala kemewahan yg diberi secara 'istijraj' (tanpa kerelaan). Semua pintu kemewahan dibuka & dipermudahkan sehingga mereka menyangka bahawa Allah suka kepada segala perbuatan mereka dengan sebab itu.

"sehingga apabila mereka bergembira & bersuka ria dengan segala nikmat yg diberikan kepada mereka, Kami timpakan kepada mereka secara mengejut (dengan bala bencana yg membinasakan) dan mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan)." [al-an'am:44]

*didik hati bersyukur!!
*dalam doa, jangan lupa mohon keberkatan.
tak kiralah nak minta apapun..
~nak kaya, biarlah kaya dengan harta yg berkat..
~nak pandai, biarlah pandai dengan ilmu yg berkat..(ada org sesat dalam ilmunya.nauzubillah, kita tak nak jadi begitu.. biarlah makin berilmu, makin bertambah rasa kehambaan kita kepada Allah; makin tambah rasa cinta kepada Allah; makin tambah rasa ketaatan dan ketaqwaan.. bukan makin jauh dari Allah)
~nak pangkat, biarlah pangkat tu diterima dengan jalan yg benar, bukan dengan jalan seleweng..(kerana dalam kebenaran itu ada keberkatan).pasti.
~nak kahwin, doalah, biar pasangan tu adalah insan yg diberkati lagi diredhai Allah..kerana perkahwinan bukan urusan sehari dunia. ia adalah teman sepanjang hayat, insyaAllah.
tak tahu nak doa macamana??
kadang2 kita terlalu memilih..masalah juga tu kadang2..
nak yg hafiz,
nak yg berakhlaq,
nak yg baik,
nak yg boleh tolong jaga mak abah sama2,
nak yg sabar,
nak yg mampu biaya hidup kita,
nak yg stabil ekonomi,
nak yg sama fikrah,
nak yg duduk dekat (senang nak p rumah mak abah bila2),
nak yg ada sifat macam abang,
nak yg boleh dibuat kawan, tak marah2..
nak yg macam ni,
nak yg macam tu,
begini begitu..
macam2.
namun, hakikatnya, kita tak upaya nak ukur diri kita sendiri.apatah lagi untuk menilai org lain sama ada ok ke x..
tak tahu nak doa macamana pada Allah dalam bab ni.
sampailah..minta mak yg tolong doakan. lebih yakin dengan doa mak. bukan tak nak doa sendiri, tapi, doa mak untuk anak, ada nilai harga yg lebih tinggi, kesan yg lebih menjadi.
mak pun ada juga tolong ajarkan,
"ya Allah, kurniakanlah bagiku suami yang baik untuk duniaku, dan akhiratku, ameen.."
(ringkas saja doa ni.and mak pesan, terimalah seadanya siapapun yg Allah beri.aturan Allah itu yg terbaik.)

bukan tak sedar diri ni tak sebaik ummul mukminin untuk mendambakan insan seperti rasulullah.. ~sedar.

bukan tak sedar diri ni tak sebaik siti fatimah untuk mengharapkan kehadiran lelaki seperti Ali.. ~sedar.

bukan tak sedar diri ni tak sebaik para mukminah dlm kalangan sahabat di zaman rasulullah untuk mengharapkan lelaki seperti insan yg dijanjikan oleh Allah syurga.. ~sedar.

namun, diri ni tak sehebat siti Asiyah..kental hatinya menghadapi kezaliman firaun (suaminya di dunia).

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment