Monday, January 3, 2011

Ya Allah,
halawatul iman, halawatul ibadah, semuanya kurniaanMu..
hati tidak lagi merasainya..astaghfirullah..
mungkin petanda hati telah tercemar..
tak mungkin halawatul iman & halawatul ibadah duduknya di tempat yg kotor..

Aduh!!
jenuhnya beribadah tanpa rasa kemanisannya.
yg sunat terasa berat,
yg wajib terasa terpaksa..
masyaAllah.. ya Allah..
hilang rasa ihsan yg sedikit itu,
terasa seolah kehilangan segalanya; miskin & papa kedana.
Astaghfirullah..
seringkali begini. buntu lagi!
seolah kehilangan cahaya hati.
hati tidak mampu lagi menilik lorong mana yg patut dilalui..
dan lagi:> 'istikharah' hadiah dariMu yg teristimewa.
insan mencari jawapan dengannya;
Allah berikan petunjuk kepada hati
sehingga hati condong ke arahnya; ke arah pilihan jalan yg patut dilalui.
masyaAllah..alhamdulillah.

perjalanan masa,
insan lalai lagi!
tak sedar bahawa nikmat hidayah itu sangat perlu dijaga; atau mungkin ia akan ditarik kembali.
tak sedar kepentingannya sehingga kehilangannya.
resah serba tak kena.
astaghfirullah..buntu lagi!!
kini jalan apa pula yg perlu kulalui?
dan lagi:> 'taubat' hadiah dariMu yg teristimewa.
insan kembali mengatur langkah dengannya.
Allah berikan harapan kepada hati
sehingga hati tenang dan tak rasa putus asa mengharap rahmatNya.
masyaAllah..alhamdulillah.

meniti kehidupan dengan penuh hati-hati.
namun, adakala langkah tersasar jua..
kaki tergelincir, iman teruji,
hati adakala kalah jua..
apa dayaku, ya Allah..
tiada dayaku melakukan ketaatan;
juga meninggalkan larangan,
melainkan dengan rahmatMu jua..
La haula wala quwwata illa billah..

Tuhanku,
aku tidak layak masuk syurgaMu,
namun tak upaya kuhadapi api nerakaMu...
terimalah taubatku,
dan ampunkan dosa-dosaku,
sesungguhnya Kau maha pengampun dosa-dosa besar...
amin ya Allah...

No comments:

Post a Comment