Thursday, December 23, 2010

CARILAH 'MENGAPA'

Insan, sudah masanya kita tahu jawapan 'mengapa' bagi setiap perkara yg kita lakukan. kalau tidak, sia-sia saja masa dan tenaga yang dicurahkan. DALAM SETIAP PERKARA~

Carilah 'mengapa', kerana setiap perkara yg kita kerjakan semuanya akan dipersoalkan. Tiada dolak, tiada dalih. Tiada dolak dalih. Bukan mulut yg jadi penyampai utusan perbuatan, tetapi anggota badan kita inilah yang yang menjadi saksi atas diri kita.

Insan, bertaqwalah kepada Allah walau di mana saja berada. ~ALAM MAYA ATAU ALAM NYATA, TIKA DIRI BERSENDIRI MAHUPUN DI TENGAH RAMAI. Pengawasan Allah terhadap diri kita; roh, jasad, hati, fikiran,~SANGAT TELITI DAN SANGAT HALUS.

Insan, perhalusi diri.
muhasabah sentiasa.
moga-moga di akhirat kelak, tidaklah hati kita sempit menanggung peritnya mahsyar, beratnya hisab... insyaAllah.

No comments:

Post a Comment