Sunday, September 12, 2010

TIPAH TERTIPU?? SIAPA TERTIPU?

(based on surah Luqman 31:33)

Ingat 5 sebelum 5. Andai terlupa, buruk padahnya. Na'uzubillah.

Bertaqwalah kepada Allah walau di mana jua kita berada.. Walau siapapun kita di mata manusia, semua tu tiada nilai di sisi Allah melainkan taqwa. Yang lebih bertaqwa itula yang lebih mulia di sisi Allah. Maka, ketahuilah! Sesungguhnya harga diri insan terletak pada taqwanya; bukan harta atau pangkat atau keturunan atau paras rupa. Oleh itu, sentiasalah berusaha meningkatkan harga diri kerana sesungguhnya Allah membeli harta & jiwa orang mukmin dengan syurga. Dan yang terlebih penting ialah keredhaan Allah. Jika keredhaan Allah itu ada pada diri insan yg bertaqwa, maka, apa salahnya kita berusaha menjadi insan yang bertaqwa sungguhpun amat berat bagi nafsu menempuhi lorong ketaqwaan itu. Apa tidaknya? Nafsu sering mengajak kita agar terikut-ikut dengan kenikmatan dunia; syaitan pula tak putus putus menggoda hati agar terpaut pada dunia. Allah...beratnya ujian... La haula wala quwwata illa billah..

Janji tetap janji. Kiamat itu janji yang pasti. Bertaqwalah kepada Allah sekarang juga sebelum segala-galanya sudah terlambat. Setiap orang dengan beban dosa masing-masing.....ibubapa tak dapat beri jaminan apa-apa kepada anak-anak.....anak-anak pun tak dapat melepaskan ibubapanya dari azab dosa masing-masing walau sedikit pun. Allah..beratnya detik ni...masyaAllah..

Bertaqwalah! Usah terpedaya!
Tipah tertipu? siapa tertipu?
Jangan sedih, Tipah. Tipah tak tertipu kalau Tipah beriman kepada Allah!!
Tipah, berimanlah kepada Allah. kau takkan terpedaya jika kau benar-benar beriman, insyaAllah, Allah pasti memelihara hamba-hambaNya yang beriman. YAKIN.

No comments:

Post a Comment