Saturday, May 8, 2010

YANG MURAH BUKAN BERERTI MURAHAN

Ramai orang yang beranggapan barang yang murah selalunya tak berkualiti..
betul ke? Wallahua'lam..
Tradisi zaman ini, wanita meletakkan mahar yang tinggi dalam perkahwinan. Jika mas kahwin rendah, terasa seolah-olah dirinya trletak di kelas bawahan..betul ke?
Apakah nilai diri seorang wanita? Adakah harga diri seorang wanita itu terletak pada maharnya? Jika tinggi maharnya, tinggi harga diri..benarkah? Jika begitu, bagaimana dengan pelacur? Jika seorang perempuan melacurkan dirinya lalu dibayar dengan banglo mewah, kereta mewah, pakaian yang cantik-cantik, barang perhiasan, emas dan sebagainya...dan seorang perempuan lagi kahwin dengan mahar yang sederhana, hidup dalam rumah yang sederhana saja... Timbul persoalan di sini, adakah pelacur itu lebih tinggi harga dirinya berbanding dengan seorang perempuan tadi? Wallahua'lam..
..tak dapat dinafikan, adakalanya, hati kita rabun untuk menilai mana yang betul mana yang salah. Oleh iu, jika kita melihat sesuatu, lihatlah dari sudut kaca mata tauhid, bukan kaca mata sekular yang lebih mementingkan material dan keduniaan.
Jika kita ingin melakukan sesuatu, berfikirlah dari sudut tauhid. Di sinilah pentingnya untuk kita semua memiliki tauhidic mindset. Setiap gerak laku kita, kita buat semata-mata inginkan keredhaan Allah.
Jika ingin katakan sesuatu, berkatalah dari sudut tauhid. Berfikir sebelum bertindak. Menilai sebelum berkata. -berfikir dengan tauhidic mindset dan menilai dengan hati yang memakai kaca mata tauhid; bukan sekular.
Yang murah bukan bererti murahan. Samakah wanita pemurah dengan wanita murahan? -tak sama. Jika seseorang berkahwin kerana mencari keberkatan dalam beragama, maka, tinggi atau rendah mahar itu, taklah penting sangat. Jika keberkatan itu ada dalam mahar yang rendah, apa salahnya wanita menerima mahar itu walaupun rendah? Mahar yang rendah bukanlah bererti perempuan itu perempuan murahan..dan ia bukanlah bermakna seorang lelaki tak mampu memberikan lebih dari itu. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment