Thursday, May 20, 2010

PAKAIAN PELINDUNG DIRI

Manusia dijadikan Allah penuh dengan kerahsiaan. Segala rahssia tentang manusia semua Allah tahu. Kita sendiri banyak tak tahu masalah tentang diri kita. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang terbaik untuk manusia. Dari satu sudut, contohnya..
Allah suruh kita tutup aurat.
Lelaki, auratnya lain..
Perempuan auratnya lain..
sebabnya, Allah tahu cara terbaik untuk menjaga kehormatan manusia.
Apabila tiada pakaian, maka terbukalah aurat..
Begitu juga hati,
pakaian hati adalah taqwa.
Apabila tiada taqwa, maka hati kita terdedah kepada anasir jahat; syaitan senang nak control hati kita and lastly, habislah kita kalau kita tak lawan syaitan. Syaitan eksploitasi habis nafsu kita. Syaitan tahu, nafsu ada potensi besar untuk bawa manusia kepada kebinasaan seandainya nafsu tak dididik dengan iman dan taqwa.
Oleh itu, jaga diri, hiasi peribadi.
Taqwa adalah sebaik-baik pakaian. Belilah pakaian taqwa.
Harganya..
bukan boleh dibeli dengan wang ringgit/ dollar/ rupiah dsbgnya..
tapi dibeli dengan kesabaran dan keikhlasan...
Perlu sabar dan ikhlas dalam mendidik hati.
Perlu sabar dan ikhlas dalam usaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Sungguh, Allah amat kasih kepada hamba-hambaNya yang sabar, ikhlas, bertaqwa...
Rebutlah cinta Allah berbanding cinta manusia.
Apabila kita cinta kepada Allah, maka kita akan cinta kepada manusia kerana Allah suruh kita berbuat baik sesama manusia. Apabila kita cinta kepada manusia, X semestinya kita akan cinta kepada Allah..kerana tak semua manusia yang kita cinta tu suruh kita cinta kepada Allah. Malah adakalanya cinta kepada manusia boleh membawa kepada kebinasaan. Wallahua'lam.
*apabila kita menjunjung tinggi manusia yang kita anggap dia berkuasa lebih daripada kita mengagungkan syariat Allah, maka..BINASA diri..na'uzubillah..

No comments:

Post a Comment