Thursday, May 20, 2010

MENGASAH BICARA

Lidah bisu juga mampu berbicara. Adakalanya panahan pena lebih tajam daripada lidah sungguhpun ada yang mengatakan lidah itu boleh jadi tajamnya lebih tajam daripada mata pedang.

Kerana penanya, Syed Qutb digantung mati. Betapa pengecutnya orang kafir..takutkan panahan pena, maka digantung pemegang pena. Namun, semua itu sia-sia. Panahan pena tetap terus berbicara sungguhpun penulisnya sudah tiada. Dan sampai hari ini, walaupun aku tak pernah jumpa Syed Qutb, tapi aku masih boleh 'mendengar' beliau berkata-kata melalui lidah penulisannya.

Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar!!

No comments:

Post a Comment