Wednesday, May 19, 2010

KEPUASAN HATI ADA DALAM KEINDAHAN HIDUP BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH

Tiada ungkapan benci dalam cinta. tiada rasa dengki kalau ikhlas. masalah hati bermula dari pandangan mata. permulaan untuk menjaga hati, jagalah mata. kebersihan hati, sumber kehalusan budi..dari sini suburlah pohon kehidupan muslim..buahnya manis, bunganya cantik dan wangi..akarnya teguh mencengkam bumi; ramai pula insan tumpang berteduh di bawah teduhan pohon itu tatkala terik sang mentari..

Ribut melanda, pohon itu tak lagi menjadi pilihan 'orang ramai'..peminatnya lari, mencari teduhan yang lain. namun pohon itu tetap teguh berdiri.. Begitulah kehidupan dalam perjuangan kita mendapatkan redha Ilahi.. Panas hujan ibarat ujian dalam hidup kita. adakala kita berteman, adakala ditinggalkan.. Namun ingatlah, kita takkan bersendirian kerana Allah sentiasa ada memerhatikan kita. kepuasan hati ada dalam keindahan hidup bertawakkal kepada Allah.

No comments:

Post a Comment