Sunday, May 9, 2010

BETULKAH KEBETULAN?

Adakah semua yang berlaku merupakan kebetulan?
Dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan, adalah ia kebetulan?
Dibentuk dengan sedemikian rupa warna kulit, bentuk muka, jenis mata dan rambut...adakah kebetulan?
Letaknya mata di muka, rambut di kepala, jari-jemari di tangan dan kaki...adakah kebetulan?
Bumi berputar di atas paksinya sekian lama, berabad-abad...
planet-planet beredar di orbit masing-masing...
pasang surut air laut..
Adakah kebetulan?
betulkah kebetulan?
saya menulis segala pertanyaan di atas, adakah kebetulan?
Anda membaca, adakah kebetulan?
Pening pula dah bertanyakan banyak kali 'adakah kebetulan?'
Cetek fikiran; singkat pengamatan bagi sesiapa yang menyatakan alam ini terjadi secara kebetulan.
Maha suci Allah dari melakukan perkara sia-sia.
Tiada kebetulan. Allah Maha Teliti,sehinggakan setiap apa yang kita buat sama ada baik atau buruk,pasti akan dinilaiNya walau sebesar zarah.
Berhentilah percaya bahawa dunia ini adalah kebetulan.
Hiduplah di alam realiti; berpijak di bumi nyata.
Wujudnya kita di bumi ini bukan kebetulan, bahkan telah ditaqdirkan oleh Allah sejak azali lagi.
Yakinilah! Kita bukan kebetulan!
Seekor semut yang berjalan ke atas meja anda menuju cawan milo yang terlupa dibasuh, itu bukan kebetulan..
...maklumlah, belajar sambil makan dan minum..
pastu tertidur, terlupa basuh cawan...semut pun datang..

Mari bersama kita tingkatkan iman...
tawajuh hati mencintai Allah..
kuatkan mujahadah mengawal nafsu..
andai ada di antara kita yang tergelincir atau goyah,
mari bersama kita teguhkan kembali hatinya..
Manusia dan nafsu tak dapat dipisahkan.
Oleh itu, mari bersama kita saling tolong-menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan.
saling kuat menguatkan dalam usaha menjaga aqidah;
saling nasihat-menasihati dalam usaha meningkatkan kualiti ibadah;
saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran dalam usaha memperelokkan akhlaq...insyaAllah.
Semoga dalam kebersamaan kita menjaga agama Islam, ada keberkatan dan rahmat Allah di situ...amin.

No comments:

Post a Comment