Thursday, May 20, 2010

APA ERTI BAHAGIA BAGIMU?

Sesungguhnya kebahagiaan yang tulen adalah kerelaan hati & kalapangan dada. Kebahagiaan adalah ketenangan jiwa, ketenteraman batin, hati yang sejuk, budi pekerti yang baik, akhlak mulia yang disertai dengan sifat menerima & merasa cukup dengan anugerah yang telah ditentukan oleh Allah..

Sumber kebahagiaan ada pada Islam. Islam adalah agama yang sejahtera, terpelihara dari segala cacat cela. Islam cukup sempurna. Barang siapa yang benar-benar komit dengan Islam, istiqamah dalam Islam, pasti dia akan perolehi kebahagiaan yang sebenarnya kerana hakikat kebahagiaan itu datangnya dari Allah. Allah yang memasukkan ketenangan dalam hati mukmin.

Hanya orang yang hatinya telah dimasukkan ketenangan oleh Allah saja yang dapat rasa erti kebahagiaan yang sebenarnya. Berbahagialah hai nafsu jika kau seorang yang mengaku Islam & benar-benar membuktikan kecintaanmu kepada Islam. Allah pasti bersamamu. Allah takkan menghampakanmu.

No comments:

Post a Comment