Thursday, May 20, 2010

JANGAN BIARKAN AKU, TUHAN..

Dunia medan ujian..
Syurga itu keindahan yang mempesona..
Neraka itu azab yang mengerikan..
Dunia ini..macam-macam..antara keindahan neraka & kesusahan syurga..
Setiap insan diuji imannya. "apa khabar imanmu hari ini?"
Jangan lupa untuk bertanya diri setiap hari.
Orang selalu ambil berat kesihatan tubuh tapi terlupa ambil berat soal keimanan sedangkan iman sangat mustahak dalam hidup kita.
Mengapa dunia ini dikatakan medan ujian?
..kerana dunia ini mempamerkan keindahan neraka & kesusahan syurga. Iman menyelamatkan kita dari tipu daya dunia. Dengan iman, barulah kita dapat melihat keindahan-keindahan yang ada bukan keindahan semuanya. Dengan iman, barulah kita dapat lihat kesusahan-kesusahan yang ada bukan kesusahan semuanya.

Inna ma'al 'usri yusra
sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan

Bagaimana pula yang dikatakan sebagai keindahan neraka & kesusahan syurga? Bukankah neraka itu mengerikan & syurga itu mempesona?

Terjemahannya..
(sila buat lakaran minda)
-neraka ngeri tapi ia dikelilingi dengan pelbagai tarikan yang memikat hati..
-syurga indah tapi ia dikelilingi dengan pelbagai mehnah dan tribulasi; perjuangan yang menduga keikhlasan hati.

*Jangan biarkan aku, Tuhan..
Jangan biarkan aku tertipu oleh kemewahan dunia yang ghurur.
Jangan biarkan aku kalah dengan ranjau duri; ujian-ujian menuju ke destinasiku; syurga. Jangan biarkan aku sendiri memandu pengembaraanku menuju cintaMu.
Ilallahi arju..(kepada Allah aku berharap)..

No comments:

Post a Comment