Thursday, August 28, 2014

Salam cinta dari barzakh...

Rindu alam rahim...
alam penuh kasih sayang...
alam penuh cinta...
alam yang suci bersih...
alam yang sungguh tenang harmoni...
bahagia aku membesar dengan sepenuh cinta dan kasih...di alam rahim itu...
membesar, membesar, dan terus membesar menjadi 'aku'.
sehingga tiada tempat untuk aku lagi lantaran besarnya 'aku'.
terusirlah maka terlahirlah aku di dunia ini.
apa salah aku?
ye, salah aku ialah aku.
sedikit keakuan sudah cukup membinasakan diri.
alam rahim tempat aku bermanja sudah tiada...
kini aku tiada apa-apa..
barzakh tempat bercinta,..
semoga alam barzakhku seindah alam rahim jua..
kerana aku rindu,
kerinduan terhadap alam rahim membuahkan harapan semoga alam barzakhku jua secantik alam rahim...
...penuh cinta, penuh nikmat; tiada benci, tiada dendam, tiada iri, tiada marah.
hanya bahgia semata-mata bersenang-senang mengenali Dia.
cahaya kekasih menembusi ke seluruh ufuk.
di alam barzakh kita bercinta lagi.
dengan nama ar-Rahman ar-Rahim, berteduhlah seorang hamba mengisi nafas-nafas rindu.....

baby rindu mak...

semoga Allah membimbing perasaan rindu ini menuju kecintaan yang benar kerana akal tak memahami derita sang perindu. yang maha mengerti itu ialah Dia.

wahai Dia, hanya Dia.

Ilaahii anta maqsuudii wa ridhaaka matluubii
aatinii mahabbataka wa ma'rifataka...

demi cintaMu kepada Nabi Muhammad s.a.w, bantulah hamba....


No comments:

Post a Comment