Showing posts with label luahan hati hamba. Show all posts
Showing posts with label luahan hati hamba. Show all posts

Monday, March 12, 2012

luahan hati hamba..

ya Allah, sungguh aku tak berani menyatakan aku telah bersedia menghadapMu, menjawab segala-galanya di hadapanMu atas segala perbuatanku di dunia. setiap detik di tanya..

tak berganjak kaki melainkan terjawab semua 4 perkara..  :'(

sungguh, Engkau benar... janjiMu benar... pertemuan denganMu benar... kata-kataMu benar... syurga itu benar... neraka itu benar... para nabi itu benar... Nabi Muhammad s.a.w itu benar.... kiamat itu benar.... semuanya benar-benar belaka.

Allahuakbar. sungguh, aku sangat takut menghadapi detik itu.

ye, detik itu, ya Allah.

sungguh, diri ini sering cuai dalam menunaikan hak Mu. namun, kepada siapa lagi untuk mengharap, kalau bukan kepadaMu, ya Allah...dan aku yakin, tiada yang mengasihiku lebih dari kasihMu kepadaku...tak kira walau apa jua keadaanku... sebab itulah, aku takkan teragak-agak untuk tunduk sujud kepadaMu meluah segala keserabutan yang ada sehingga biarlah tak terlihat air mata di hadapan sesiapa, melainkanMu, ya Allah.

Biarlah, setiap kali rasa nak nangis, setiap kali itu hati dan anggota sujud kepadaMu...
alhamdulillah, ada hikmah lidah tak fasih meluah resah. sekurang-kurangnya masih ada bicara hati yang sentiasa didengari. Allah Maha Mendengar.

kepada Allah kembali semua.

La haula wala quwwata illa billah.

Thursday, April 28, 2011

CAMPUR TANGAN PENUH MAKNA

Campur tangan mencorakkan kehidupan. Terima kasih pada yg sudi campur tangan. Kalau nak diharapkan diri sendiri semata-mata untuk corakkan kehidupan, memang hanyut dah... Terima kasih atas campur tangan yg membina, bukan memusnahkan.

Pada tangan yg ingin merosakkan, alhamdulillah, terima kasih juga, kerana di sinilah bermula rasa syukur dengan kehadiran 'campur tangan' insan yg ingin membantu. alhamdulillah.

Moga setiap 'campur tangan' yg membantu diri ini dalam mencari keredhaan Allah, akan diberi ganjaran yg baik di sisi Allah, insyaAllah, amin.

Tuesday, February 1, 2011

JIHAD UNTUK DIRI

menang kalah dalam mujahadah jiwa, lawan tetap lawan!!
selagi masih bernyawa, selagi itulah bertarung.
agi idup agi ngelaban.

betapa dunia ini dekat yg menjauhkan..
akhirat itu jauh yg mendekatkan..
namun, di manakah aku??
di manakah kamu??
di manakah kita??

moga kita semua tenang dalam naungan rahmat Allah taala..
moga bahagia dlm teduhan kasih Allah..
moga baik2 saja dalam jiwa; damai di hati..

memberi kemaafan padamu, agar diriku dimaafkan olehNya yg mencipta diri ini..
maafkanlah aku, moga Allah memaafkan kamu..

Tuesday, November 30, 2010

PASANG SURUT IMAN

sedar atau tidak..
ntahlah..astaghfirullah..
pernah terasa nak bunuh diri.
seolah musnah harapan mendapatkan redhaNya.
diri sering melakukan dosa.
..namun, Allah jualah sebaik sandaran.
mengenangkan sifatMu ar-Rahman..al-Ghaffar..
inilah yang memujuk diri agar teruskan langkah,
usaha demi mardhatillah.
ntahlah..astaghfirullah..
lagak seperti dunia ini kekal selamanya..
jahil tertipu oleh angan-angan..
lalai mabuk dalam 'dunia ar-Rahman' Allah.. angan-angan sendiri
sehingga terlupa bahawasanya azab Allah itu pedih tak terperi..
ampunkan kelalaianku, ya Allah..
aku terlalu leka dengan kepemurahanMu..
lantas aku lalai dengan sifatMu al-Qahhar al-Jabbar al-Muntaqim al-'Aziz..
astaghfirullah..
..astaghfirullah..
moga tidak saja Kau ambil nyawaku saat aku kelalaian.

pasang surut iman.
saat pasangnya, subhanallah..terasa lapangnya hati.
saat surutnya, masyaAllah..
astaghfirullah..astaghfirullah..
milikMu nyawaku ini.
ikut suka Allah bila detiknya ingin mengambil milikNya.
astaghfirullah..ya Allah.
bukan aku nafikan sifat keperkasaanMu,
cuma aku terleka dengan sifat rahmanMu..
silapku sering terleka.